Semester 3, here we go

Rasa macam pejam celik, pejam celik, eh tiba-tiba dah di semester ketiga. Dah hampir setahun aku menyambung pengajian di UPM. 

Secara jujur yang aku boleh katakan, walaupun sudah hampir setahun, tetapi aku masih lagi mencuba adapatasi dengan kehidupan di universiti. Hal di universiti sungguh berbeza dari sekolah. 

Jika dulu di sekolah, semua bahan belajar, semua diberikan. Guru berhempas pulas mengajar. Pelajar hanya perlu duduk dan tumpukan perhatian sepenuhnya di kelas. Segala bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran biasanga akan di sediakan oleh pihak pengajar. Pendek kata, semuanya akan di suap. Tetapi, di universiti ini, semua benda kena usaha sendiri. Malah, pensyarah juga tidak akan mengajar bersungguh-sungguh seperti di sekolah. Bukan lah saya mengatakan pensyarah tidak bagus. Saya rasa cara pensyarah sedikit berbeza kerana umur pelajarnya sudah dewasa. Kita meraikan perbezaan di dalam kehidupan. Tidak perlu hanya sesuatu benda sahaja. Hehehe. Jangan salah faham okay! 

Bila orang tanya aku sendiri, kursus apa yang aku pilih di universiti? Aku juga sedikit keliru jawapan apa perlu diberikan. Maka, jawapan berbeza berdasarkan orang yang bertanya. Kadang jawapan aku "komunikasi". Kadang jawapan aku "kewartawanan (journalism)". Dan kadang jawapan aku "masscom". 

Sebenarnya, aku mengambil kursus 'Bacelor in Communication, majoring in Journalism'- untuk menjawab persoalan. Bila aku beritahu kursus pengajian aku ialah 'Komunikasi', sering kali aku dengar orang membalas dengan "mesti pandai berkomunikasi ini". Hakikatnya, andaian itu agak kurang tepat. 

Kami di Bacelor Komunikasi ini juga, seperti manusia biasa yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, dan personaliti yang berbeza. Walaupun kursus komunikasi, tak semua antara kami mahir berkomunikasi. Malah, sebenarnya kursus ini bukan tertumpu kepada komunikasi. Dalam kursus komunikasi ini sendiri, terdapat 4 major iaitu Broadcasting, Journalism, Corporate Communication & Human Communication. Setiap orang akan focus kepada majornya sahaja. 

Macam aku, aku major journalism. Maka, pembelajaran aku lebih tertumpu kepada kewartawanan. Bukan komunikasi seperti andaian orang. 

Habis tu, kenapa aku cakap 'masscom' pula. Entah lah. Sebab sebenarnya ramai yang tidak mengetahui apa itu journalism. Malah ada yang tidak pernah dengar perkataan itu. Jadi, untuk memudahkan pemahaman, akan ku cakap masscom. Walaupun pada dasar dan hakikatnya, komunikasi dan masscom ialah dua entiti berbeza. 

Di semester 3 ini, ianya sangat lah berbeza. Kerana, kelas bersemuka diadakan. Ianya satu benda yang sangat berbeza dan aku tak bersedia. Kerana, aku tidak mahu bersua muka dengan orang untuk mengurangkan interaksi, serta aku tak bersedia untuk berjalan kaki ke sana sini. 

Tetapi, apa yang boleh dikatakan, aku survived di semester 3. Dan sekarang di minggu keenam. 

Aku menulis ini sambil terkenang air mata yang berjujuran dek kerana manusia yang tidak menjalankan tanggungjawabnya.









Menulis, agar masa hadapan dapat aku kenang saat ini lagi. 

Percayalah, alam universiti memang amat sinonim dengan tangisan air mata. Itu perkara biasa. Lama-lama akan terbiasa. 


Comments

Popular Posts