Lepak session

Disebabkan kami kerja mostly from 7:30 am to 6:30 pm, so selalunya bila petang memang semua penat,barai dan lapar.

Kalau nasib baik hari tu, ada la orang sponsor makanan. Tetapi, kalau tak, kami akan keluar cari makan. Bagi kenyang kenyang baru balik rumah. Time petang lepas habis kerja la masa yang kami ada untuk catch up session dengan kawan kawan. Kalau harap time kerja, mana sempat. Kerja pack nak mampus. 

Nak pergi toilet pun tak sempat. Serius :( so apatah lagi nak bersembang dengan orang.

So bila petang, kami ada la sesi luahan perasaan dan cerita pengalaman hari tu. Macam aku cakap, bekerja sebagai sukarelawan Myvac bermaksud anda akan berjumpa bermacam macam ragam manusia setiap hari. 

Rindu nak lepak dan gelak terkekek kekek dengan Afif, Adam, Kak Umi, Sajit. hmmmmm lupa pulak nak tulis nama Akmal dan Anis. hehhhhhh -_-

Rindu nak main lat-ta-li-lat sapa yang dikerah ke kedai untuk beli makanan. Ingat tak time sajit belanja tealive waktu first time tu? reason sajit sebab kita tolong dia. AHAHHAHAHAH. tolong apanya, kita buat kerja kita kannnn.





Ingat tak aiskrim yang anis belanja dulu? Itu hasil gaji pertama tau!!!

Ingat tak aku dengan Anis pi beli Ramly sebab kita semua teringin nak makan, tapi tak ada masa nak keluar pergi beli. Tapi aku dengan Anis pi jugak rushing rushing. Makan dalam surau sambil cakap pasal Ezal nak beli kereta? dan adam tengah cuba mengayat Ami.

Basically, banyak gila impromptu lepak kita! Contohnya time pergi makan pasembor Sg.Yan melepaskan craving anak anak syurga saya iaitu Akmal, Anis, Kak umi dan Ami (dipaksa join). dan tak dilupakan Hamdi yang diheret untuk join kita sekali, dia dalam keterpaksaan terpaksa join. member terus kayuh basikal bakar kalori. kita buat apa? ronda pantai murni. 


Ingat tak kita punya plan nak pi Penang bila kerajaan tamatkan PKP. Lepastu adam cakap kita pi naik Ambulans HAHAHAHAHAHHAHAHAH. siot ja memasing. tapi semua tu tinggal kenangan ja la. Habis ja PICK, kita semua busy dengan hal masing-masing. Things are not going to be the same anymore. i miss the old good days. sekarang adam sibuk belajar kat UniKL,Anis dan akmal kat UUM, aku kat UPM, Afif dan Kak umi kerja, Sajit dan Ezal masih sibuk menguruskan booster shot. 

Rindu semua. Rindu nak gossip. Rindu nak cakap dekat sajit "Sajit, Sajit, nak gossip", rindu nak cakap "Adik Adam", Rindu nak cakap "Anis hambar" "Akmal lambat (read:blurr)" "Afif imam kami". err nama kak umi tak ada, sebab kak umi senior. walaupun nampak cam sebaya hihihi.





Comments

Popular Posts