redzone

assalamualaikum. and hi.

terasa nak tulis.


anyway, just a quick flashback.

time awal awal pkp mac 2020, hampa bayangkan la daerah aku kekal daerah hijau a.k.a 0 kes. even sampai ogos 2020 masih hijau. pertengahan ogos tu, 1 Malaysia digemparkan dengan kluster sivagangga. memang menyebabkan malaysia teruk balik la sebab pak cik baru balik dari oversea yang tak kuarantinkan diri.


time tu,awal awal kluster tu,tempat aku ni masih mengekalkan zon hijau. daerah sebelah keliling semua dah zon merah. kami ja tersepit dan masih hijau.

lepas tu ada kes kat tempat aku. orang kat sini panik nak mampus, seluruh pekan kosong macam pekan hantu. time tu kami semua takut juga, sebab time tu tengah exam dan kawasan kena covid tu taman perumahan sebelah dan belakang sekolah.


sekarang ni kes meningkat naik gila babenggg, syabas untuk semua rakyat malaysia yang tak bertanggungjawab sebab tak patuhi sop. sebabkan hampa, PKP diadakan semula.

nak bebel sikit dengan nak point out pendapat aku. tapi benda ni a bit sensitive but dun care.

ramai cakap kes naik mencanak ni semua sebab kerajaan. aku setuju. kita punya gelombang kedua sebab kerajaan yang sibuk duk berPRU di sabah sampai meningkat kes kat malaysia. sebelum ni bukan main susah nak flatten the curve, bila HAMPIR berjaya, belum berjaya lagi tapi masyarakat take it for granted.

tapi, kerajaan salah tetap salah. tapi kes beribu naik sekarang ni pun sebab rakyat. kalau betul la masyarakat patuhi sop, kenapa banyak terkena jangkitan? kenapa? kalau dah patuhi sop mesti benda ni quite impossible untuk jadi.

time cuti hari tu,kemain semua orang bercuti sana sini. ya aku tak salahkan hampa untuk bercuti, yang salahnya bila tak jaga SOP. benda ni takkan jadi kalau rakyat bercuti or ke sana dan ke sini dengan patuhi SOP.

Tak payah sembang tunding jari kat kerajaan saja, sedangkan ramai rakyat malaysia yang tak patuhi SOP. sapa yang tak patuhi SOP ni sama ja la dengan kerajaan yang dipersalahkan ni. 


anyway,back to the topic.

sekarang daerah aku zon merah. dan sini ibarat tak pkp. orang keluar juga ke sana dan sini tanpa rasa bersalah. mask pakai tak betul. tak nak scan my sejahtera,tak nak tulis maklumat diri di premis perniagaan, tak nak jaga hand hygiene. 


sini,waktu puncak ramainya orang ya allah. 

social distancing lansung tak ada. 


even hari tu aku pergi makanan,time nak cedok lauk tu. NURSE langgar aku sebab nak ambik lauk. allahu aku pulak yang panik and cepat cepat jauhkan diri. dia sepatutnya as one of healthcare worker,dia perlu tahu ni semua. sedihnya lahai.

even aku sendiri pernah baca,mask dengan social distancing,social distancing lagi penting. pakai mask pun tak betul. sia sia je la.


and random betul ya topik hari ni

Comments

Popular Posts