APA PERSEDIAAN PERLU BUAT SEBELUM START INTERN / PRAKTIKAL? (PART 1)

 Assalamualaikum guys. 

Hari ini dah masuk September 2024, dan hampir sepuluh tahun juga aku terjebak dalam dunia penulisan di blog ini. Wuhuu, dari darjah enam aku mula menulis, sehingga sekarang sedang menjalan latihan industri / praktikal / internship di sebuah syarikat Media di Kuala Lumpur. 

Dari seorang anak kampung yang tinggal jauh di utara tanah air, sekarang sedang belajar untuk menetap di tengah kota bandaraya ini. Wow. 

Jadi, aku terfikir untuk berkongsi persediaan sebelum memulakan latihan industri. Untuk semua bakal bakal pelajar latihan industri boleh buat persediaan sewajarnya. Setidaknya nanti, tidak lah anda terlalu terkejut bila memulakan kerja di alam industri.


#1 Sediakan mental, fizikal dan kewangan

i. Bila dah nak mulakan latihan industri, anda perlu fikir tau. Bila dah bergelar pelajar industri, anda akan dilayan seperti seorang pekerja. Tidak lagi di layan seperti seorang pelajar. 

Kalau dulu zaman belajar boleh lambat bangun pagi, buat kerja cincai, assignment suka hati nak buat atau tidak, kat tempat latihan industri dah tak boleh buat benda tu. 

Fikiran dah kena matang. Kerja boss kasi mesti buat. Tak tahu, directly tanya. Jangan diam diam pastu tak siap pastu baru bagitahu boss "saya tak faham", memang kena marah sebab tak bagitau awal-awal. Nanti, bila kat tempat latihan industri, kalau dapat satu task je for a day, maksudnya anda bernasib baik. 

Tetapi, kalau dapat beberapa tugasan dalam sehari, bukan bermaksud anda bernasib malang, tapi anda juga bernasib baik sebab diberikan peluang untuk belajar benda. Jangan lah nanti boss bagi kerja banyak, anda complain "saya tak nak buat, kerja banyak". Tetapi sebaliknya gunakan cara lain untuk berunding. 

Semua ini, kena buat persediaan mental sebelum memulakan latihan industri. supaya, nanti tak terkejut sangat. Bila dah bersedia mental, at least nanti boleh senang adapt dengan persekitaran. itu yang kita harapkan. 

ii. Dah mula latihan industri nanti, kena banyak rehat. Kalau dulu zaman belajar, jam 2 atau 3 pagi masih melepak di mamak, terutamanya geng-geng UPM ni suka sangat lepak PKS Maju, lepas start intern kena tinggalkan tabiat itu. Boleh lepak, tapi berpada lah. Sebaiknya, rehatkan diri untuk bersedia bekerja pada esok hari. Tapi kalau anda rasa anda okay tidur 2-3 jam sehari, teruskan lah. Tapi kalau macam aku yang lemah ni, memang aku memilih untuk rehat. lepak hanya pada hujung minggu. 

iii. Kewangan

Cadangan aku, 6 bulan awal dah start menabung untuk intern. Mungkin ada sesetengah pihak yang beranggapan "eh tak apa lah. aku nak intern kat syarikat besar, elaun RM1000, banyak aku dapat. buat apa menyimpan" TETTT. salah. anda salah. benda ni salah kalau kewangan diri dan keluarga anda biasa biasa sahaja. tapi, kalau kewangan keluarga anda kaya, teruskan lah untuk tidak menyimpan. 

Untuk siapa yang kewangan dia biasa, sini saya ceritakan kenapa kena menyimpan. Saya tidak lah prejudis atau apa-apa, tetapi kebanyakan company besar, HQ-HQ, ibu-ibu pejabat semua terletak di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. 

Jika anda ada berniat nak buat intern di Selangor/Kuala Lumpur, saya cadangkan, simpan lah duit untuk sewa rumah atau bilik. sebab kebiasaannya, deposit bilik memakan hampir RM800-1200. sakit nak bayar duit deposit ni. Sewa bulanan juga tidak kurang mahal nya, boleh mencecah RM300 untuk bilik sewa yang decent. 

Belum campur kira kos pengangkutan. Kalau naik public transport, mungkin la boleh beli monthly pass RM50. tapi kalau yang naik kereta motor, mungkin kos dah berbeza. 

Selain itu, kalau anda mulakan latihan industri, duit makan lagi. kena kira tu. waktu mula-mula saya mulakan latihan industri, duit makan saya sahaja untuk sehari boleh mencecah RM25 untuk makan pagi, tengah hari dan malam. Sedangkan, makanan yang saya beli tu makanan basic yang bukah GAH atau makanan mall. makanan biasa sahaja. kalau seminggu dah RM125. Kalau sebulan dah RM500. 

Mungkin anda merasakan makanan itu boleh dibeli menggunakan duit elaun, suka saya ingatkan elaun bukan dapat awal. paling cepat pon hujung bulan baru dapat. dan macam company saya, saya mulakan intern contoh pada April. paling awal elaun saya boleh dapat adalah pada penghujung Mei. 

Jadi fikirkan la kewangan anda. buat kira-kira siap siap. bagaimana cara anda uruskan kewangan ke. 


so itu sahaja persediaan intern untuk PART 1. nanti saya akan kongsikan lagi persediaan yang perlu dilakukan di Part 2.

Comments

Popular Posts