Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Saturday, 3 February 2018

Resepi roti john

Resepi roti john ni aku dapat dari mak . Bila makan roti ni confirm kenyang ahh plus memang sedap .

Okay first of all,siapkan inti kentang . Basically,u guys can use ur own recipe but here i am i will give u mu recipe too . Now its up to you okay?

1 biji bawang besar potong dadu
1 ulas bawang putih
1biji bawang merah

Yg ni tumbuk kasar

3 biji kentang potong dadu
1 keping daging cincang dicuci bersih
2 sudu besar serbuk kari daging

Tumis bahan yg ditumbuk kasar sampai naik bau . Kemudian masukkan serbuk kari tumis hingga serbuk kari garing (idk how to explain it) then masukkan semua daging cincang dan biarkan sehingga air daging agak kekering dan tambahkan air dalam 3 cawan? Agak agak lah ehh . Air kena agak je . Agak agak sehingga kentang akan empuk . And lastly masukkan kentang dan masukkan seasoning . Masak hingga kentang empuk . Tutup api . Dan sejukkan .

Okay bahan untuk telur :

Inti daging (agak agak je,kalau suka isi banyak letak banyak)
Daun sup
Cheese cheddar
Telur 2 biji

Pecahkan telur tambah semua bahan diatas (kecuali cheese) dan masukkan sedikit garam .

Panaskan pan,masukkan sedikit planta dan masukkan telur tadi diatas keseluruhan pan .letak cheese. Letak roti cepat cepat kalau tak roti melekat . Then terbalikkan roti.angkat siap . Letak sos cili and mayonis . Nak lagi sedap letak la salad timun and carrot .

Makan dengan bangganya awak pandai masak

resepi hokaido chiffon cupcakes

assalamualaikum n hi!

so for this entry i will share with you guys about HOKAIDO CHIFFON CUPCAKES.this is one of the easiest cake evahhhh!in fact it so sedap.

bahan bahan pun senang.benda basic yang selalu ada kat rumah.

BAHAN BAHAN CUPCAKES

Bahan A:
55 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
1sk baking powder
20 gram gula halus
3 biji telur kuning gred A
1sk esen vanila
60ml susu cair/segar
35gram minyak bunga matahari/masak

Bahan B:
3 biji putih telur 
30 gram gula halus 

CARA CARA:

ayak tepung jagung,gandum,baking powder

masukkan kuning telur dan gula,kacau sebati menggunakan spatula


kemudian masukkan esen vanila kacau sebati


kemudian masukkan minyak dan susu.kacau sebati.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit.kacau sebati jangan bagi berketul

Masukkan lagi tepung sampai habis.kacau sebatiii

Then kita pergi ke bahan B pulak 
First thing first make sure bekas mixer tu betul betul kering.jangan ada setitik pun air


Telur putih 3 biji

Mix sederhana bagi buih buih manja sikit

Then masukkan gula halus

Lepas masuk gula tu terus speed maxi 

Mix sampai betul betul ringan n jadi meringue.bila terbalikkan bekas,meringue tadi masih statik dan tak terbalik



Then masukkan bahan B kita tadi kedalam meringue.

Kacau menggunakan kaedah kaup balik


Taraaa masukkan kedalam cup cup

Bakar api atas bawah
Suhu 170 atau ikut oven masing masing 
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak


Taraaaaaa cupcake dah pun siap

  So for the fillings pulak,


1 tin susu cair/200ml susu segar
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung gandum
1sudu butter
4sd gula

Kacau semua benda tu dalam periuk sampai tak berketul.
Masakkan atas api perlahan sehingga pekat.
Siap!
Tunggu sejuk baru pipe atas kek.

Senang je.cuma banyak step.tapi tak susah pun.try la.good luck!

Oh gambar gambar tu aku ganda dua,sebab tu nampak banyak.k

Thursday, 19 October 2017

resepi bihun goreng simple tapi sedap

assalamualaikum and hai!

geng geng kawan aku ni suka buat potluck,tapi potluck yang mengejut lah. contoh pukul 4 mesej "we petang ni buat makan makan berkumpul tempat biasa" ha gituuuu . so memang wat ha lagi sejam sempat ka ni?nak buat apa ni?

so aku decided untuk buat bihun. entah lah,sedap ka tak aku tak tau,but for me sedap.ye lah aku sorang la puji diri aku orang lain takmau puji.

so ni resepi hentam keromo aku ja.ni memang basic resepi untuk aku goreng mee or koey tiow or bihun or spaghetti. so here we go . oh resepi aku takda bawang nak ditumis sebab at last hampa letak tepi bukan nak makan pon.tapi kalau ada lagi sedap.cuma aku buat dalam kuantiti yang banyak so aku takpandai agak.tu yang aku tak letak .and resepi ni agak agak je,tiada sukatan yg tepat

OH SUKA DIINGATKAN,NI RESEPI BUDAK YANG BARU BERUSIA 16 TAHUN,MAK CIK MAK CIK YANG DAH PRO JANGAN JUDGE YE.SETIAP ORANG ADA SELERA MASING MASING.ENJOY!

BAHAN BAHANNYA: 

1 1/2 bungkus bihun (direndam sehingga lembut)
7 sudu besar cili boh
1 senduk sos cili
1/2 senduk sos tomato
1/3 senduk sos tiram
kicap cap kipas udang
binatang (sotong,udang,ayam)
fishball/fishcake
sayur (sawi,taugeh)
garam
cukup rasa
1 kiub ayam
air

LANGKAH LANGKAHNYA:

1.panaskan api sederhana,tumis cili dengan minyak.tumis sehingga cili masak

2.masukkan segala jenis sos cili,tomato,tiram and air (air ni agak agak ja)

3.masukkan kicap.kacau.letak seasoning,garam,cukup rasa and kiub ayam

4.masukkan binatang yang disukai dan juga fishball dan fishcake.renehkan sehingga masak

5.masukkan bihun yg sudah direndam tu.waktu ni boleh tambah air agak agak cukup untuk bihun lembut.part ni jangan kacau selalu.takut bihun patah.

6.masukkan sayur mayur yang disukaiii kacau kacau kacau tutup api.

you're done.

untuk nak lagi menarik boleh hias nak letak telur ke,letak cili merah,daun bawang ke,bawang goreng.makan dengan bangganya awak pandai masak.


Friday, 2 June 2017

resepi creampuff SEDAP FILLING CUSTARD+WHIPPED CREAM


Assalamualaikum ... selamat berpuasa semua!alhamdulillah sama sama kita manfaatkan ramadhan ini ye..

hari ni nak share resepi creampuff sedap tak muak.feeling dia whipped cream mix dengan custard!!!so sedap okay.


nah gambar aku buat creampuff.resepi ni aku dapat dari blog cik epal dan feeling dapat dari facebook.

mari lah kita teruskan je dengan resepi 


RESEPI CREAMPUFF
  • 125g butter
  • 250ml air
  • 150g tepung gandum *ayak
  • 2 sudu kecil baking powder *ayak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu essen vanilla 
CARA CARA NAK BUAT

-masukkan air dan butter di dalam satu periuk,panaskan sehingga butter cair dan air menggelegak
-masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak,kacau laju laju hingga sebati dan sehingga berkeping didasar periuk 
-Alihkan doh tadi ke dalam bekas lain,pecah telur satu persatu (dekat doh tu) dan kacau hingga sebati dan tambahkan sedikit esen vanila

masukkan kedalam piping bag,dan pipe diatas dulang yang telah dioles dengan minyak@marjerin . pipekan kemas kemas dan comel . 

spraykan air diatas puff ini bertujuan untuk puff berkembang

bakar didalam suhu 200 darjah celcius selama 20-30 minit atau sehingga keperangan




tanda puff jadi ialah bila ianya berongga atau berlubang ditengah 


baru keluar oven panas panas lagi 

rupanya tak sama,sama seperti manusia yang diciptakan berbeza beza lol done dakwah ehhhhh done merapu


RESEPI FILLING CREAMPUFF (CUSTARD+WHIPPED CREAM)

buat custard dulu..

200ml fresh milk
3 sudu besar tepung kastard

  1. panaskan susu dan campurkan dengan tepung kastard.kena kacau sentiasa supaya ianya sebati dan licin.
  2. sejukkan
untuk whipped cream

1/2 cawan whipping cream
  1. pukul whipping cream sehingga bertanduk (dah kental) 
  2. campurkan custard kedalam whipping cream dan kacau perlahan lahan
letak didalam piping bag dan pipe didalam puff. puff potong@tebuk suka hati la biar ada ruang lepas tu inject dengan feeling tadi sambil feeling feeling jadi doktor gituww.




Dia kena buat filling sambil feeling.geddit?
ini whipping cream je tak siap lagi lol




Friday, 5 May 2017

resepi sagu gula melaka


emm sedapnya sagu gula melaka especially bila makan waktu panas dan sagu ni sejuk je turun ke anak tekak em terliurnya.

aku kenal puding sagu a.k.a sagu gula melaka ini waktu pergi ke open house rumah kawan aku iaitu hani rahimi (terima kasih mak rahimi!) dan sejak itu lah aku mula jatuh cinta ewahhhhh

tapi aku susah nak makan sagu ni sebab dulu aku tak pandai masak saguu ni,sagu hancur la,sagu lembik la,sagu tak jadi macam sagu . tapi itu lah yang dinamakan proses pembelajaran . makin lama makin okay lah siap aku ada geng pecinta sagu (watdehek?) dalam rumah ini iaitu me,saffa,daniel n kakak .

 luqman tak sangat sebab dia tak suka benda manis n susu cair . i still remember macam mana dia makan cocktail buah buahan yang mak andak aku buat,then he asked mak andak "mak andak letak susu cair ke?" lepas tu terus dia masuk bilik air and muntah balik semua yang dia makan . haish over betul.

aku ada tengok video di instagram datin isma which is founder tia amelia,dia tunjuk tutorial nak buat sagu ni . go follow her ig .

so aku pon dah melalut panjang sangat so here we go

RESEPI SAGU GULA MELAKA

kita start dengan masak sagu 


  • 200 gram sagu 
  • 250 ml air 
  • sedikit pewarna jika suka 
-renehkan air didalam periuk sehingga menggelegak dengan api sederhana
-ambil sagu yang telah dibasuh terlebih dahulu dan masukkan kedalam periuk 
-tuangkan sedikit pewarna 
-kacau perlahan lahan agar sagu tidak hancur 
-kacau sehingga sagu tiada warna putih
-toskan kedalam penapis dan lalukan dibawah air paip agar kanji sagu keluar dan sagu berbiji cantik

gula melaka 
  • seketul gula melaka 
  • satu cawan gula merah
  • 2 gelas air 
  • daun pandan 
masakkan kesemua bahan diatas didalam periuk sehingga larut dan pekat.kemudian alihkan kedalam bekas lain dan tapis.

santan

  • 2 cawan santan cair fresh 
  • sedikit garam 
panaskan sebentar santan dan masukkan secubit gram . tutup api dan siap

atau 

1 tin susu cair

------------------------------------------------------------------------------------------------


kemudian,letak sagu,letak santan@susu cair dan lastly air gula melaka . siap!makan sejuk sejuk . sesuai untuk makan petang . 

sedapnyaaa


Monday, 17 April 2017

Resepi Kek Velvet kukus simple

Kek red velvet ini aku buat sempena birthday anis.tapi aku salah tarikh,aku ingatkan birthday dia 4 march tapi sebenarnya 3 april so? hahahahahha dasar kawan tak guna aku ini boleh lupa tarikh lahir kawan kawan aku. sempat lah aku agihkan cupcake ni semua kepada kawan kawan aku dari kelas 3A2 tahun lepas .



so let check it out resepi yang nampak renyah,tapi senang insyallah.bergantung kat diri kita semua ini,kalau kita ikhlas menghasilkan sesuatu makanan,maka jadi la dia.yang penting jangan pernah berputus asa kalau kek tak jadi,cuba lagi sampai jadi.sebab itu semua proses pembelajaran.



RED VELVET KUKUS
credit:Azlina Ina @ Azlina Sukardi

BAHAN A (buttermilk@susu masam)


1 cawan susu segar / susu cair
1 sudu besar cuka masakan
1 sudu besar pewarna merah

Jangan kacau,biar kan sekejap 10 minit.

BAHAN B (BAHAN KERING)

2   1/2 cawan tepung gandum
1 sb cocoa powder
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

ayak semua bahan b

BAHAN C

250 g butter
1  1/4 cawan gula halus
3 biji telur
1 sdk soda bikarbonat + 1 sudu besar cuka *biarkan berbuih


  • Panaskan pengukus terlebih dahulu 
  • mixkan butter dan gula selama 10 minit sehingga kembang dan bertukar warna putih
  • masukkan telur satu persatu mix selama 5 minit
  • masukkan tepung dan berselang seli dengan bahan A
  • campurkan 1 sdk soda bikarbonat dengan 1 sdb cuka dan masukkan kedalam adunan
  • kacau hingga sebati
  • masukkan kedalam cup cup kecil ataupun loyang yang telah disapu dengan minyak dan dilapik baking paper 
  • kukus selama 30-45 minit bagi cup dan 1-1.15 jam bagi loyang.


RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
credit:kathy kay
250g cream cheese 
250 butter 
3/4 cawan susu pekat
sedikit perahan lemon 
1 sdk esen vanilla
  • putar butter dan cream cheese sehingga kembang dan kuning pucat 
  • tambahkan sedikit demi sedikit susu pekat mengikut citarasa
  • tambahkan sedikit perahan lemon dan esen vanilla kacau sebati
  • masukkan ke dalam piping beg dan pipe kan keatas permukaan kek
siap!sedia untuk dihidangkan

selamat mencuba!!



Thursday, 22 December 2016

Resepi ayam goreng ala ala kfc

Aku cuti cuti ni memang selalu lah masak . Mak aku busy banyak order telekung,tempahan baju sekolah . Alhamdulillah semoga allah permurahkan rezeki mak amin ya rabb .
So hari tuh,mak beli 4 ekor ayam sebab nak bagi team hoki kupsis makan tengah hari . But,mak just guna isi ayam untuk lauk.
Then mak cakap goreng lah ayam tu. Saya sebagai anak yang baik menurut perintah kahkahkahkah.
So here we go
Bahan perapan
8 ulas bawang putih di tumbuk kasar + 1 1/2 sudu serbuk cili 1 1/2 serbuk kari + secubit garam + maggi cukup rasa + 1 sudu jus limau
Sapu semua bahan perap ke ayam dan perap satu hari atau semalaman . Biarkan dia rest dalam chiller .
Lepas itu,sediakan tepung bestari yg ditambah sedikit serbuk cili . Tak perlu garam sebab tepung bestari dah already ada garam.
Celup telur dan celup tepung . Goreng dalam minyak yang banyak api sederhana .
Tujuan jus limau ialah untuk buat ayam lebih juicy series sedap gila . Kakak siap cakap aku ni beli ayam goreng kat kedai padahal aku masak .
Okay selamat mencuba !

Saturday, 3 December 2016

Saffi dan tomyam berpisah tiada

Sapa suka tomyam??? Sep sikit .

Aku taktau la kenapa aku addicted sangat dengan tomyam especially bihun tomyam . Banyak tempat aku rasa even yang mak aku masak pon,tapi semua tak kena dengan tekak aku . For me,better masak sendiri sebab cuma aku je tahu apa anak tekak aku nak .

Bila mak tak masak sebab penat ke,sibuk jahit ke,aku lah yang ambil tempat mak . Aku cuma masak tomyam and also pasangan romantik dia telur dadar .

Hari ni,Mak and abah bengang ja dengan anak dia 3 ketul di rumah ni . Aku memang tak suka pergi kenduri . Entah . Malas aku . Pegi jauh jauh cuma nak makan . Baik masak sendiri kat rumah lagi okay .

Hmmmm . Kawan aku kata nanti bila aku nak buat kenduri kahwin ka kenduri apa ja,orang tak mau mai rumah aku sebab depa ikut mindset aku . What u give u will get back gitewwww .

Ooooo hopefully no lahhh . Nanti aku cuba attend kenduri tu . Masalahnya kenduri tu jauh jauh semua aku dah la malas nak pi . Kat penang la,kat perlis la . Kalau area rumah aku okay la jugak aku pi .

Takpa la aku bagi chance mak ayah aku dating pi kenduri dua orang depa ja . Kami adik beradik takpi malas . Rela masak kat rumah dari makan kat kenduri .

Dah dah awat aku melalut pi sampai kat kenduri ni ishhhh la .

So today lunch aku yang masak . Since aku suka tomyam aku akan masak tomyam . Adik beradik aku dah masak dengan aku . Asyik asyik aku masak tomyam jaaaa .

Style aku masak nak kuah lebih isi sikit pon takpa asalkan ada kuah nak hirup . Family aku pon sama ja macam aku nak kuah ja . Isi bukan makan sangat .

Tuesday, 15 November 2016

Resepi mee goreng sedapp

This is my first time masak mee goreng, sebelum ni tak pernah masak segala jenis noodle except mee maggi la.  Bihun koey tiew mee mee siput semua tak pernah.
Mee ini aku masak untuk aku dan abah. Niat di hati hanya mahu mencuba, jadi tak ada lah aku masak banyak banyak. Hanya sekadar dapat rasa .
Mee ini aku rujuk blog auntie azie kitchen , boleh la. Aku rasa,rasa dia sedap cuma pedas.abah makan sunyi sepi je maksud nya sedap lah . Mari masakkk mee goreng . Tiada sukatann yang tepat so pandai pandai lah .
Bahan bahan
-mee *dicuci bersih halalan toyyiban
-2 sudu cili kisar
-2ulas bawang putih *dihiris
-3biji bawang merah *dihiris
-pokok pokok sawi/carrot/kobis/taugeh
-binatang *ayam/udang/sotong
-3 sudu sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap
-air
-telur
Cara cara
1.tumis bawang putih dan merah sampai naik bau,masukkan cili kisar (cili yang. Dipotong dan direbus dan diblend) biar sampai cili masak .
2.masukkan sos sos.setiap sos tu letak 3 sudu .masukkan kicap ha tuang suka hati la nak hitam mana pon.
3.campak binatang,saya guna ayam sajooo . Lepas tu kacau kacau sat lepas tu boh air . Biar sampai mereneh .
4.masukkan mee . Kacau kacau sampai mee tu betul betul masak la , lepas tu letak pokok pokok yang digemari . Kacau kacau .

5.buat lubang tengah mee, pecah telur. Biar jap, pastu kacau. Pastu biar lama sikit, pastu kacau. Pastu gaul dengan mee.
6.hidang. Siap!
Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Resepi ini bukan untuk mak mak sebab saya yakin mak mak lagi pandai masak dari saya. Saya hanya lah pelajar sekolah yang berumurr 15 tahun tapi dek kerana keterpaksaan perut yang asyik ajak bergaduh , saya terpaksa masak.

Wednesday, 9 November 2016

Mee maggi goreng

Hari ini bangun pukul 6.15pagi punya ngantuk nauzubillah . Memang tak leh bawa bincang lansung ngantuk ini. Macam nak gaduh . Mata aku terbeliakkkk supaya aku tak ada lah ngantuk sangat hergh . Tapi sebenarnya tetap ngantuk
Dah siap siap nak pegi sekolah tudung stokin semua dah pakai aku check group depa tulis depa takmau pi . Tak guna pagi nak pi sekolah baru nak bincang . Patutnya bincang semalam la nak pi sekolah ka tak . Isshhhhhhh geram aku .
Lepas tu aku sangkut la balik tudung tanggal stokin tukar baju . Lps tu luqman dah siap siap nak pegi AS orintasi tak habis lagi kahkahkahkah,abah dah pegi keje,mak siap siap nak gi market sebab barang dapur basah semua habis . Segala jenis bawang halia lengkuas cili semua habis . So,mak sudah ke pasar .
Aku kelaparan di rumah . Tekak meronta ronta nak makan mee goreng mamak even mee goreng mamak pon aku tak pernah rasa . Kedai mamak kat area rumah aku dari awal buka sampai kedai dah tutup dah pindah aku tak pernah pegi . Itu yang rasa menyesal tu . Jadi aku guna kan kuasa aku iaitu jari aku untuk google resepi . Malangnya saffi memang tak sedar diri. Bukan ke aku dah kata rumah aku barang basah dah habis? Apa ke bengap confirm confirm barang tak cukup. Jadi aku batalkan niat aku dan membuat resepi hentam keromo aku tapi tetap sedap . Ye,memang harus puji diri sendiri sebab aku tahu takda sapa nak puji aku dah.
Ooh haah,yang atas tu cuma mukadimah mari lerr tengok resepi senang aku ini.
Mee maggi goreng
Bahan-bahan
-maggi 1 packet
-bawang putih & merah (cincang)
-1 sudu cili kisar
-sos cili & sos tiram (+sos tomato)
-sedikit kicap
-separuh perencah maggi
-carrot/sawi/taugeh (suka hati la)
-haiwan sikit (ayam/sotong/udang)
Cara cara
*first tumis lah dulu bawang tu lepas tu tumis cili kisar . Agak Agak sampai cili tadi masak lahh pastu campur lah sos cili+tiram=bagi cukup 1 sudu.  Maknanya 1/2 sudu sos cili 1/2 sos tiram.  Kalau ada sos tomato ha tambah sikit sos tamota tapi aku punya sos baru nak buka botol.  Ketat gilaa so aku tak letak . Kang benda aku tumis tu hangus pon belum tentu settle lagi dengan botol sos tu. Tambah separuh perencah maggi dan sedikit kicap dan kacau.  Tambah 1/4 cawan air.
*tambah lah sayur dan binatang binatang yang kau nak lepas tu kacau kejap dan biar didih. Masukkan la maggi kau.  Kacau kacau pastu hidang la. 
Aku tambah telur mata pecah pastu perah limau sikit perghh terangkat beb. Tapi aku tak letak pon limau tu sebab rumah aku dah habis. Nak kutip kat pokok kat luar malas ya Rabbi. 
Oh maggi aku, aku letak ayam. Ayam tu abah dapat nasi tomato semalam kat masjid tapi takda sapa makan, so aku cincang ayam tu aku masuk kan sekali dalam maggi aku.  Jimat.
Nah apa lagi alasan kau nak bagi? Aku yang 15 y/o pon masak sendiri takkan hampa yang 20+ keatas mak yang tolong masak bagi hampa makan.  Haihhhh wat malu kat orang aihhh. 
Byeeeeeeee. Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Assalamualaikum. 
Have a nice day!

Saturday, 1 October 2016

Puding karamel tanpa telur

Hampa suka tak puding karamel?ceq suka tapi ceq tak suka yang versi ada telur tu sbb even dah letak esen vanilla still rasa telur . Baik makan telur goreng boh kicap boh cili ha tu sedap lah .
Sebab kan aku tak suka,so kita buat sendiri je senang . Bahan bahan pon tak banyak . jimat pon jimat .
Bahan bahan untuk karamel
Ada 2 version and suka hati lah nak guna yang mana . But kalau korang guna loyang yang aluminium tu (ala yg bakar kek tu) baik korang guna version takda air sebab senang . Kalau korang nak letak dalam bekas satu satu baik korang letak air . So jom check it out .
1st version
2 sudu gula
letak loyang atas dapur dan letak gula . Lepas tu masak sampai gula cair dan keperangan . Jangan risau tak rosak pon loyang tu .
2nd version
4 sudu gula
2 sudu air
Masak gula atas periuk (jangan guna pula bekas bekas hampa tu kang lebuq baru tau) sampai cair dan warna keperangan lepas tu tuang air . Takpa dia memang akan berketul sikit tapi jangan risau . Kacau sentiasa . Nanti dia jadi balik macam biasa .
Bahan puding
-1 packet serbuk agar agar bunga raya original
-5 sudu besar gula (ikut kemanisan yang disukai)
-sedikit esen vanilla
-1 liter air
-1 tin susu cair
-2sb tepung kastard .
Langkah langkah
*Panas kan air
*Tambah serbuk agar agar dan sentiasa kacau sehingga serbuk agar agar larut
*tambah gula dan kacau sampai larut
*masukkan susu cair dan sedikit esen vanilla
*tambah tepung kastard dan kacau sentiasa supaya tepung tidak berketul
*tutup api dan tuang dalam loyang
------------------------------------
Tepung kastard tu optional . Kalau tak letak lagi sedap . Plus aku memang tak reti letak tepung sbb nanti mesti berketul .
Puding ini kena letak dalam peti ais dulu makan sejuk sejuk . Heaven betul .
Makan dengan bangganya awak pandai masak .
Assalamualaikum .
Have a nice day !

Tuesday, 27 September 2016

Wedges ala ala kepci

Perghhh tajukk .
Ini resepi wedges ala ala kfc tapi kfc lagi sedap lahhh . Mana boleh lawan . Wedges ini kalau aku buat sekilo pon boleh habis (kalau 7/7 ada kat rumah) . Tu punya aku nak cakap sedap kan?
Okay jom kita buat sendiri jimat takyah gi kfc dah . Siap ada sos cheese lagi .
Okay first kupas 1kg kentang . Panas kan air seperiuk dan masukkan garam secukupnya dan 2 kiub pati ayam knorr/maggi. Masukkan kentang sampai 1/2 masak .
Lepas tu tos dan tunggu sejuk . Dah sejuk potong macam kfc memanjang.
Bahan salut .
*Tepung bestari secukupnya (atau tepung gandum+serbuk kari+serbuk cili+lada putih+garam)
*2 sb tepung bestari campur dengan 4sb air dan pecah sebiji telur=kacau
Goreng macam biasa .
Panaskan minyak.
Salut kentang dalam bancuhan tepung dan telur .
Salut dengan tepung bestari .
Goreng sampai warna keemasan .
Angkat tos.
Siap!
Sos cheese ialah sos paling senang . First kena ada serbuk cheese . "Kat mana nak beli serbuk cheese?" Pergi ke bakery terdekat atau beli online . Ramai gila orang jual kat online .
Bancuh dengan air panas je ikuy kepekatan yg disukai . Siap!
Makan weh,nikmat.
Makan dengan bangganya awak pandai masak .
Assalamualaikum.
Have a nice day !

Thursday, 8 September 2016

Roti sarang lebah di hatikuuuu

Pergh tajuk ngade betul hahahahha . Ini 2 minggu lepas . Lepas habis trial geo & sj (sekolah aku pelik sikit sebab tu geo dgn sj pon ada trial) esok tu terus buat roti .
Bm dah lama tersimpan . Simpan sejak dari bulan puasa dan lansung tak guna . Nanti apa kata encikboss kalau aku tak guna . Sia sia je kan? So mari manfaatkan .
For this entry,aku takde resepi sebab aku tak ingat resepi . But dont worry . Just google and type 'ROTI SARANG LEBAH AZLINA INA'  
Roti ni fav family aku lah sebab sedapppp sangat . Dulu aku asyik beli rm5 sebekas and now aku tak beli . Bukan sebab dah ada bm , tapi sebab aku dah pokai . Plus bahan bahan nak meroti ni memang ada semua kat rumah .
So that is not a big prob lahhh .
Roti agak huduuhhh tapi jangan risau rasa tiptop . Tersalah guna loyang yang besar sebab nak sekali bakar je . Acah senang kerja padahal rupa lah pulak burukkk .
Hahahhahahahh

Wednesday, 7 September 2016

Kek marble simple sedap

Okay just straight to the point la since im so sleepy rn . Nanti aku lupa resepi ni so better letak kat blog siap siap

Kek marble Azlina Ina

So bahan bahan:-

Marjerin/butter 1 cawan + 1/2 cawan -> mix sampai kembang .

Tambahkan 2 biji telur + 1 sk esen vanilla + 1/4 cawan susu pekat

Then ayak 1 1/4 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder dan putar sampai gebu 

Bahagikan kepada 3 .

1- letak milo or serbuk koko
2-campur pewarna yg disukai dan perasa contoh warna pink dan perasa strawberri
4-plain (takyah campur apa apa)

Letak selang seli didalam loyang yg dah digeris dan dipanas dalam oven suhu 170c 30minit or ikut oven masing masing.

Cara nak makesure kek dah masak cucuk lidi secara menyerong . Kalau lidi tu bersih cun dah masak laaatu .

Tunggu sejuk baru potong .

Tapi kalau kau ikut perangai si budak degil cam aku ni panas panas aku dah makan waktu tu hujan pulak layan betul . Sedar sedar dah banyak aku makan hahahhahhahah .

Friday, 2 September 2016

Milk green tea

Why i just know about sedapnya air green tea? Omaigadddd . B4 this ada try beli air big cup but for me tak ada lah sedap mana pon .

Waktu pergi ke rantau panjang,ada kedai yg jual serbuk green tea rm10 ja . Waktu tu aku fikir aku tak minum green tea so better takyah beli nanti membazir .

Bila abah sekali lagi singgah di bukit bunga untuk beli apa apa yg boleh dijadikan souvenir , aku tengok ada lagi . Terus aku try beli even mahal sikit dari rantau panjang . Rm15 (ha padan muka) .

Bila buat sendiri aku lebihkan creamer bcs i love it . Perghhhh sedap tho siap aku boleh buat aiskrim lagi .

So lets try

Rendam 4 sudu besar serbuk green tea dalam air yg mendidih (betul betul panas) .

Letak 4 sudu creamer dan 2 sudu besar susu pekat letak air panas sikit (dalam cawan lain). Kacau . Letak air teh yg dah direndam dan ditapis dan kacau . Lepas tu minum dengan bangganya awak pandai buat air .

Okey?

Assalamualaikum .
Have a nice day !

Thursday, 1 September 2016

Resepi puding roti pelangi

Assalamualaikum .
Happy friday .

Today im gonna give you simple recipe how to make PUDING ROTI PELANGI .

Buat puding roti ni pun sebab ada orang order,so why not share resepi kan?

Resepi ni sumpah sedap gila and aku adjust ikut tekak aku . So manis tu nanti boleh adjust okay?

BAHAN BAHAN

*4 keping roti
*2 biji telur
*1 tin susu cair
*1/2 tin susu pekat
*1/2 cawan gula (aku guna 2 sudu besar je)
*secubit garam
*1 tbsp esen vanila
*1/2 cawan air
3 cawan air
1 packet serbuk agar agar 10gm
Sedikit pewarna
Serbuk koko atau milo

Cara cara

Masak 3 cawan air sehingga mendidih . Masukkan serbuk agar agar dan sentiasa kacau lepas dah bubuh serbuk agar agar .

Waktu tunggu air mendidih tu pergi Blend semua yg bertanda (*) sehingga sebati . Dan campurkan ke dalam air yg telah dicampur serbuk agar agar .

Kacau dan biar hingga mendidih dan adunan pekat *kacau sesekali*

Selepas itu boleh lah bahagikan adunan dan campurkan pewarna yg disukai . (Cnth: 1 warna plain,1 warna pink,dan 1 lagi campurkan sedikit serbuk koko atau milo)

Dan layerkan kedalam loyang . Make sure cepat tau sebab masa ni agar agar cepat keras .

Done!! Siap . Makan dengan bangganya awak pandai masak .

Assalamualaikum .
Have a nice day !

Friday, 19 August 2016

Roti jala

Hari ni rajin betul nak update apa yang aku masak hahahahha .
Semalam mak request nak makan roti jala . So why not?
Bater roti jala
3 cawan tepung gandum
2 cawan setengah air
3 sudu besar minyak atau marjerin
Sebijik telur
Secubit garam
Pewarna or serbuk kunyit
Blend semua yang kat atas . Blend lama lama supaya tak berketul . Kalau berketul susah kau nak menjala jah oi .
Okay then lepas blend tapis dan baru masukkan dalam botol roti jala.
Panaskan non stick pan or kuali biasa but sapa yg guna kuali biasa oleskan dengan sedikit minyak .
Boleh start jala . Harap harap ada lah ikan tersangkut hagahahah .
Lepas tu tak payah terbalik terbalik bagai . Agak agak dah masak angkat then gulung je .
Buat sampai habis bater .
Kalau taknak buat semua i mean taknak habiskan bater,simpan bater dalam peti ais okay?
Makan roti jala cicah kari ayam yang ada kentang sekali . Perghhhhh terangkat babe!
Makan dengan bangganya awak pandai masak~enjoy!