Hurry Raya 2022 (+Surgery)

 Assalamualaikum semua. 

Macam mana panik berhurry raya anda? 

Alhamdulillah, setelah dua tahun aku rant di blog berkenaan hati saya yang sedih sebab tak dapat balik raya, tahun ini saya dapat berkumpul bersama keluarga terchenta. 

Jujur saya katakan, keadaan tak akan pernah sama. Buat belum mengetahui, Pak Anjang dan Mak Anjang saya sudah meninggal dunia akibat post covid. Tambahan pula, rumah Pak Anjang dan Mak Anjang betul betul depan rumah tok. Setiap kali tengok rumah itu, sedih dan pilu kenangkan anak anak Pak Anjang dan Mak Anjang yang kini menjadi yatim piatu. 

Okay la, tak nak sedih sedih. Tahun ini, saya sempat siapkan beberapa kuih untuk dibekalkan ke rumah opah dan rumah tok. Terima kasih buat aunty baby saya yang menumpangkan rumah dan ovennya untuk saya masak. Dapat la buat semperit, nutella pod, popia nestum dan juga cornflakes madu. 

Memang sedikit panik raya kali ini, macam semua tahu pastinya kita semua tidak menyangka bahawa raya jatuh pada hari isnin, bukan selasa. Semasa melihat pengumuman raya, kami sekeluarga sedang berehat makan dan hampir tercekik terdengar pengumuman raya. Nasib sahaja makanan sempat ditelan. 

Malam raya itu juga, kami bertolak terus ke Penang dan beraya di Penang. 

Raya pertama, kami satu keluarga pergi menyambut kakak saya di KTM kerana tiket etsnya pada pagi raya. Merasa lah dia telan air liur di pagi raya sambil dengar takbir raya di atas tren ETS. 

Raya kedua, kami tidak lagi beraya. Yang ada hanya lepak di Starbuck dari siang sampai ke malam. 

Pada raya ketiga, kami pun ke rumah Opah di Perak untuk beraya. 

Begitu lah cerita panik hari raya saya. 

Dan pada raya ke lapan, saya ada minor surgeri untuk memotong gusi gigi bongsu. Dan oleh kerana itu, saya tidak dapat menghayati makanan makanan raya kerana saya tidak lagi dapat mengunyah makanan seperti sedia kala sementara proses penyembuhan gusi berlaku. 

Ditambah pula kemungkinan besar Dentist akan cabut sahaja gigi bongsu dek kerana terdapat sedikit kesulitan ketika proses pemberusan gigi. Surgery yang sebelum ini seakan menjadi sia-sia seperti kata pepatah bagai mencurahkan air di daun keladi kerana yang dapat hanya sakit. Bukan satu sakit, tapi dua kali sakit. 

Apa apa pun, doakan la proses penyembuhan berlaku dengan cepat agar saya dapat hidup seperti sedia kala. Dapat mengunyah seperti sedia kala.

Dan ketika menulis ini, baru saya menyedari betapa mahalnya nikmat mengunyah makanan. 

Apa apa pun, saya tinggalkan post hari ini dengan sekeping gambar rendang ayam bersama nasi himpit yang saya nikmati ketika raya ke-13.


 

Comments

Popular Posts