Friday, 7 April 2017

typical manusia

i dunno why tapi kita manusia cepat sangat menghukum,without knowing anything abt it then we easily judge it.

easily judge people.

kadang kita lupa

hidup kita,
makanan kita bazirkan,
makan pakai semua cukup,
tidur lena,
beralaskan tilam empuk,

tapi ada orang lain,
makan apa yang ada,
fikir macam mana nak cari duit,
untuk sara family
tidur tak lena fikir kan kesusahan hidup

jangan sebab hidup kita selesa kita lupa kesusahan orang.

sebab tu lah ada orang alim ulamak cakap dalam rezeki kita,ada rezeki orang lain.bantu lah orang orang yang lebih memerlukan.

Tuesday, 14 March 2017

Kena tahan polis

Alhamdulillah im officially 16 years old.my birtday already past .

Aku sekarang busy sikit kena hias kelas lah,sukan la,tusyen la,kokurikulum lah, takda masa . Sekarang aku tengah ambil lesen . Baru proses belajar la . Aku dah dapat L.

Hari tu,my first day belajar moto dekat sekolah memandu yang sumpah jauh dari rumah aku ada la dalam 10km aku rasa.aku bawa moto sorang waktu petang ke sekolah memandu.

Biasa lah bila petang,panas terik sumpah panas gila . Air mineral yang aku bawa dari rumah dan aku tinggal kat motor pon panas.lepas habis belajar tu,dahaganya ya allah . Nak pegi kantin ramai pulak lelaki .

Pastu aku balik terus.memang cuaca panas gila,dengan aku yang pagi pegi tusyen then rehat jap tapi tak mandi terus pegi belajar. Then badan memang melekitt eiyukk

Tengah bawa motor entah macam mana aku tak perasan ada roadblock entah . Nasib aku lah hari tu . Lepas itu belakang ada banyak kereta jalan pulak sempit. Aku pon pasrah je la sebab dalam hati ingat yang aku ni tak salah apa apa aku pemandu yang halal kahkahkah yakin je aku.

Pastu pakcik polis tu tak sampai hati nampak aku yang nak nangis ni dia lepas je.tapi series pak cik tu baik dia bagi salam minta lesen lepas tu dia tegur plat moto tak cukup 7 digit kahkahkah

Aku tak pernah perasan no plat tak cukup sebab tu aku yakin je . Then aku pon malu malu . Balik tu terus singgah kedai balas dendam beli air yang sejuk untuk tenangkan hati yang ketakutan. Dah la kena tahan panas tahu tak????!

Seram ohhhh

Saturday, 4 March 2017

Hidup atlet

Sapa yang tahu aku memang tahu la aku ni memang susah nak berlari kat padang bla bla bla dah la penat buat sakit dada ja . Nanti bila orang tengok aku lari depa tak reti beza antara kura kura dengan manusia . Saiz aku pon lebih kurang besaq slow pon boleh tahan gak ah .

Aku kalau masuk lumba lari takda nombor lansung sebab punya la slow aku ni sampai cikgu suruh aku keluar dari trek lari tu .

Ish ish ish .

Pastu tetiba cikgu azwal cakap "saffi kamu masuk la lari 400m.400m ja pon"

Cikgu azwal ni terlalu besangka baik ka acena? Hahahahahahha

Sunday, 12 February 2017

Taktau la rasa jiwa ni mak cik mak cik sangat bila tak suka shopping baju baju tapi suka shopping barang dapur barang bakery .

Minggu lepas aku pergi ke bakery my cake and ingredients house kat penanti selalunya aku pergi dekat kepala batas . Kepala batas tu jauh dari highway so susah . Selalunya pegi otw nak balik kampung lepas tu abah terpaksa exit sp (s) . So sekarang dah mudah sebab dekat dengan rumah tok plus boleh pegi tengok along sekali . The reason why aku pegi kat bakery MCAIH ni sebab owner dia islam . Support melayu tak lah bukan apa sebab kadang kadang ada certain things yg x halal so kalau owner islam sah sah la dia jual yg halal je .

Kahkahkah

Sekarang otak tengah blank pebenda yang aku beli kat bakery sampai beratus . Ish sumpah tak leh kawal diri terus rasa macam kena histeria and grab everything . Habis duit aku (ha,aku beli tak pakai duit mak ayah aku) istighfar tengok total . Waktu tu rasa macam nak buat taktau and blah dari kedai .

Mahalnya ya allah .

Jangan salah faham aku bukan boros,tapi aku topup barang barang kek aku sebab last aku pegi bakery tahun lepas 25 jan 2016 ni datang lagi waktu 9 feb . Gitu la pegi bakery setahun sekali je . Plus nak join hari kantin nak jual kek so kena la beli barang.

Hari tu pegi beli barang dapur dengan safda berdua baru lah sedar sekarang barang mahal . Beli sikit je dah nak dekat rm100 . Pening kepala barang barang semua mahal

Bila lah ekonomi kita nak pulih aku yang 16 tahun ni pon dah pening apakah pula mak ayah aku . Aaduhai


Friday, 20 January 2017

Honeymoon

Am i the only one who think form4 is not a honeymoon year? No i mean like tak pernah terfikir pon yang form 4 ini honeymoon .

Sumpah weh,sebab aku nampak luqman and kakak tak pernah lek lek sibuk je . So aku pon tak pernah terfikir yang form 4 ini honeymoon year plus cikgu tak habis habis tekan kan yang kami kena study atau bahasa kedah pulun lebih sikit for spm next year takut tak dan nak kampoiii . Tudiaaa bahasa kedah aku .

Cikgu cakap untuk tahun ini and tahun depan tiada istilah cuti and and and kena usaha lebih sikit . Study lebihh sikit . Nanti lepas spm ada 5 bulan untuk cuti . Ha waktu tu cuti la puas puas .

Aku ambik 10 subjek untuk spm kahkahkah mari sama sama gelak kesian kat aku . Ha padan muka . Sebab tu aku malas nak ngadap sosial media over sangat . Aku dah banyak kurangkan masa main fon,dan aku lebihkan masa tidur aku supaya aku tak stress.

Apahal aku ambik subjek banyak sangat?sebab aku sedia kan payung sebelum hujan .

Kahkahkah .

Hampa baca la blog ni puas puas . Lepas ini blog ini akan ditutup . No more resepi no more mak cik bebel no more . Im gonna delete this blog . Bukan sebab aku nak spm ka apa,tapi atas faktor privacy . And yaaa i cant explain it .

So yaaa.

Eh apa aku melalut ini . Okay lah thats all . Good byeee

Friday, 23 December 2016

Happy birthday

Today is your birthday .

Dunno what should i give you .

Then I choose to read alfatihah .

Genap 2 minggu alif pergi .

Semoga alif ditempatkan di golongan orang yang beriman .

Semoga allah permudahkan segala urusan disana .

Alfatihah
Alif najmi bin muhd khorodzi
23/12/1998-9/12/2016

Thursday, 22 December 2016

Resepi ayam goreng ala ala kfc

Aku cuti cuti ni memang selalu lah masak . Mak aku busy banyak order telekung,tempahan baju sekolah . Alhamdulillah semoga allah permurahkan rezeki mak amin ya rabb .
So hari tuh,mak beli 4 ekor ayam sebab nak bagi team hoki kupsis makan tengah hari . But,mak just guna isi ayam untuk lauk.
Then mak cakap goreng lah ayam tu. Saya sebagai anak yang baik menurut perintah kahkahkahkah.
So here we go
Bahan perapan
8 ulas bawang putih di tumbuk kasar + 1 1/2 sudu serbuk cili 1 1/2 serbuk kari + secubit garam + maggi cukup rasa + 1 sudu jus limau
Sapu semua bahan perap ke ayam dan perap satu hari atau semalaman . Biarkan dia rest dalam chiller .
Lepas itu,sediakan tepung bestari yg ditambah sedikit serbuk cili . Tak perlu garam sebab tepung bestari dah already ada garam.
Celup telur dan celup tepung . Goreng dalam minyak yang banyak api sederhana .
Tujuan jus limau ialah untuk buat ayam lebih juicy series sedap gila . Kakak siap cakap aku ni beli ayam goreng kat kedai padahal aku masak .
Okay selamat mencuba !

Saturday, 10 December 2016

Pemergian alif bagai membuka mata semua kawan kawannya.siapa sangka dalam usia yang muda,dia telah dijemput oleh allah.

Kalau sebelum ini hari hari jumpa,hari hari lalu depan rumah but now tak akan ada dah . Dia telah pergi,dan aku dan semua orang kena terima benda itu.

Seorang yang baik,semua orang terkesan dengan pemergian dia . Allahu,meninggal pon hari jumaat.

Semoga semua orang tabah menerima ujian allah.siapalah kita hendak melawan ketentuan allah.

Nak suruh orang sabar pon tak boleh,hati tengah sedih kan.plus that is not the right word to comfort someone when they lose orang tersayang.

Takziah untuk keluarga alif .

Muhammad Alif najmi bin mohd khorodzi  (alip tebu)
1998-9/12/2016
Semoga tenang disana
Al fatihah

Saturday, 3 December 2016

Saffi dan tomyam berpisah tiada

Sapa suka tomyam??? Sep sikit .

Aku taktau la kenapa aku addicted sangat dengan tomyam especially bihun tomyam . Banyak tempat aku rasa even yang mak aku masak pon,tapi semua tak kena dengan tekak aku . For me,better masak sendiri sebab cuma aku je tahu apa anak tekak aku nak .

Bila mak tak masak sebab penat ke,sibuk jahit ke,aku lah yang ambil tempat mak . Aku cuma masak tomyam and also pasangan romantik dia telur dadar .

Hari ni,Mak and abah bengang ja dengan anak dia 3 ketul di rumah ni . Aku memang tak suka pergi kenduri . Entah . Malas aku . Pegi jauh jauh cuma nak makan . Baik masak sendiri kat rumah lagi okay .

Hmmmm . Kawan aku kata nanti bila aku nak buat kenduri kahwin ka kenduri apa ja,orang tak mau mai rumah aku sebab depa ikut mindset aku . What u give u will get back gitewwww .

Ooooo hopefully no lahhh . Nanti aku cuba attend kenduri tu . Masalahnya kenduri tu jauh jauh semua aku dah la malas nak pi . Kat penang la,kat perlis la . Kalau area rumah aku okay la jugak aku pi .

Takpa la aku bagi chance mak ayah aku dating pi kenduri dua orang depa ja . Kami adik beradik takpi malas . Rela masak kat rumah dari makan kat kenduri .

Dah dah awat aku melalut pi sampai kat kenduri ni ishhhh la .

So today lunch aku yang masak . Since aku suka tomyam aku akan masak tomyam . Adik beradik aku dah masak dengan aku . Asyik asyik aku masak tomyam jaaaa .

Style aku masak nak kuah lebih isi sikit pon takpa asalkan ada kuah nak hirup . Family aku pon sama ja macam aku nak kuah ja . Isi bukan makan sangat .

Saturday, 19 November 2016

My past

Sorry for all my wrong doing, my mistakes. I know myself, i know who i am. So let me be the first who start the conversation.

We both are ego.
We both are selfish.
We both are stupid.
Thats the reason why, benda ni semua terjadi.

Perangai aku yang nauzubillah punya teruk, sebab tu ramai manusia tak boleh bertahan.

Im sorry for everything. Minta halal makan minum semua. Not matter what, aku sayang semua orang yang sentiasa ada dengan aku.

Kalau dulu kita rapat, tapi sekarang kita renggang. Semua itu sebab perangai aku. Aku sayang hampa, even aku tak cakap dah dengan kawan kawan. Tapi, hanya satu yang akan kekal diingatan aku iaitu kenangan pahit manis kita. Semua benda itu yang membuat kan aku semakin rindu dengan masa lalu.

Kalau dulu kita kawan, tapi sekarang kita musuh, hampa pernah jadi kawan. Hampa pernah pegang title kawan. Jadi, hampa tetap akan jadi kawan aku.

Kalau dulu kita tak pernah kenal, tapi sekarang kita rapat. Aku harap hubungan kita kekal kini dan selamanya.

Much love, saffi 💞

Tuesday, 15 November 2016

Resepi mee goreng sedapp

This is my first time masak mee goreng, sebelum ni tak pernah masak segala jenis noodle except mee maggi la.  Bihun koey tiew mee mee siput semua tak pernah.
Mee ini aku masak untuk aku dan abah. Niat di hati hanya mahu mencuba, jadi tak ada lah aku masak banyak banyak. Hanya sekadar dapat rasa .
Mee ini aku rujuk blog auntie azie kitchen , boleh la. Aku rasa,rasa dia sedap cuma pedas.abah makan sunyi sepi je maksud nya sedap lah . Mari masakkk mee goreng . Tiada sukatann yang tepat so pandai pandai lah .
Bahan bahan
-mee *dicuci bersih halalan toyyiban
-2 sudu cili kisar
-2ulas bawang putih *dihiris
-3biji bawang merah *dihiris
-pokok pokok sawi/carrot/kobis/taugeh
-binatang *ayam/udang/sotong
-3 sudu sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap
-air
-telur
Cara cara
1.tumis bawang putih dan merah sampai naik bau,masukkan cili kisar (cili yang. Dipotong dan direbus dan diblend) biar sampai cili masak .
2.masukkan sos sos.setiap sos tu letak 3 sudu .masukkan kicap ha tuang suka hati la nak hitam mana pon.
3.campak binatang,saya guna ayam sajooo . Lepas tu kacau kacau sat lepas tu boh air . Biar sampai mereneh .
4.masukkan mee . Kacau kacau sampai mee tu betul betul masak la , lepas tu letak pokok pokok yang digemari . Kacau kacau .

5.buat lubang tengah mee, pecah telur. Biar jap, pastu kacau. Pastu biar lama sikit, pastu kacau. Pastu gaul dengan mee.
6.hidang. Siap!
Makan dengan bangganya awak pandai masak.
Resepi ini bukan untuk mak mak sebab saya yakin mak mak lagi pandai masak dari saya. Saya hanya lah pelajar sekolah yang berumurr 15 tahun tapi dek kerana keterpaksaan perut yang asyik ajak bergaduh , saya terpaksa masak.