Thursday, 4 November 2021
Resepi Chicken Wing Airfryer
Friday, 15 October 2021
ANUGERAH CEMERLANG
Sepanjang 20 tahun aku hidup, aku tak pernah dapat anugerah cemerlang. berbeza betul aku dengan saffa, saffa setiap tahun dapat anugerah cemerlang. sedangkan aku sekali pun tak pernah.
So kali ini, aku nak share pengalaman ambik result STPM online. Tak feel kan online? hmm. aku tak record video apa apa. sebab aku tak sangka result aku okay. aku ingat, aku akan lulus dengan pointer cukup-cukup makan. so aku tak expect tinggi.
Tambah pula, aku sangat berbaik hati dengan diri aku. sebab banyak sangat benda aku struggle zaman form 6, jadi aku tak push diri aku teruk teruk sangat. aku ikut ja apa dapat.
Sebelum tu, aku tau mesti ramai antara hampa tak faham sangat sistem form 6. Okay, sistem form 6 ni, dia ada 3 semester. Satu semester sama dengan 6 bulan. Jadi aku masuk bulan 5. semester pertama aku dari bulan Mei-November. Semester kedua aku disaster sikit sebab kan covid. Jadi dari Januari-Ogos. Dan semester 3 aku dari Ogos-Mac.
Form 6 ni pulak, setiap semester akan ada exam. and markah exam tu macam carry mark dekat uni. so semua exam penting. dan, kelebihannya di sini, kalau kita tak perform semester 1 atau semester 2, kita boleh repeat. satu paper RM50.
Cikgu-cikgu di sekolah aku ni, sapa tak dapat A, wajib repeat. so kena bayar la untuk repeat even hang dapat B+ tetap kena repeat. dan dalam sistem form 6 ni, C- dikira gagal. jadi C+ ke atas ja dikira lulus.
Jadi, first semester tu aku dapat okay la cukup cukup makan. tapi aku repeat 3 subjek. sebab 1 subjek ja aku A.
Second sem, pointer aku drop teruk jadi 2.++ ja. Kecewa jugak ah time ni sebab aku siap ada subjek FAILED. sedih tu of course, tapi gelak gelak dulu. dan part paling derhaka, mak ayah aku tak faham pun sistem form 6 ni. jadi aku tak cakap pun aku failed ka apa ka. aku minta duit repeat pun aku cakap duit nak jawab exam, tak bayar tak boleh jawab. Redha ja la mak ayah aku pon.
Third semester, aku tak all out. masih tak ada kesedaran rilek rileks dengan tak study untuk sem3, paper paper semester 1 & 2 pun aku tak study.
Lagi beberapa hari nak exam baru aku study. Tapi jangan ikut aku la. Aku otak jenis last minutes. aku sejenis manusia yang dalam kelas aku try hard untuk fahamkan. tapi aku tak mau buat latihan. itu la masalah aku. so bila last minutes study, aku cam refresh balik la. nak mantapkan sikit, aku akan tengok la soalan past year ( ya aku just tengok, aku tak buat. sebab aku pemalas ya rabbi).
So kira lagi seminggu nak exam, aku all out cara aku la. boleh tahan all out setiap hari bangun pukul 3 pagi.
So kan time result STPM keluar, dia tak keluar sekedebuk semua tiga tiga sem. tapi contoh minggu ni keluar result repeat semester 1. minggu depan semester dua. minggu depan baru total semua.
so time tu,tipu la aku tak berharap apa apa. aku berdoa bagi lulus semua dengan cemerlang ja. tu ayat aku selalu sebut dalam doa aku. "Ya allah, bantu aku untuk lulus peperiksaan STPM dengan cemerlang". dan, satu lagi ayat aku "Ya Allah, bantu aku untuk dapat keputusan cemerlang. aku nak naik pentas". HAHAHAHHHAHHAHAHAH berangan je kan aku ni.
so time result keluar, aku tak ada la prepare apa sangat. apatah lagi untuk rakam diri untuk rakam moment dan reaksi diri sendiri. tak ada ya semua tu. aku pinjam laptop saffa yang tengah online kelas. sambil aku cecepat bukak sistem dan check.
and result aku, more than enough. tak sangka tuhan nak bagi sebanyak tu. dan sejujurnya, aku menangis ya time tengok result sendiri. menangis sebab hasil penat lelah form 6 berbaloi.
Dan akhirnya, setelah dua puluh tahun hidup, aku berjaya dapat anugerah cemerlang. Lawak okay part ni, aku selalu doa dekat tuhan supaya aku dapat anugerah cemerlang dan naik atas pentas. tapi di sebabkan kita masih dalam fasa pandemik, aku hanya dapat masuk skrin layar je la. anugerah cemerlang di youtube.
dan hari seterusnya, aku di jemput ke sekolah dan dapat insentif dari pihak sekolah. dapat sijil, duit saguhati dan kek.semestinya aku boleh beli kek ni, tapi feel dia lain bila dapat kali ni. maafkan sikap jakun saya yang tak pernah dapat anugerah cemerlang. jadi saya sangat menghargai setiap benda yang diberikan.
Sunday, 10 October 2021
grab car story & degree
I remember back in 2018, I went to Alor
Setar, alone. So I took train and then booked a grab car to send me to that
particular place, where the event gonna held.
So, because I was 17 y/o that time, and
that was my first time going there alone. So basically I was really nervous. And
because of that, I shared my live location with my parents, my brother and another
2 of my friends just in case if anything happened to me, they know where to find me. AHAHAHAHAHA so
dramatic.
So as usual, I thought that ride gonna be full
of silence, but apparently the grab driver started to talk and kind of cakap
banyak after I told him I was 17. And this story happened in October which SPM
was less than a month.
So, he basically was nagging at me because
he said at that time, I was not supposed to be out, I was supposed to be home
and study. And he even warned me to not wasting my time, instead appreciate
every single second and study.
It was such a nice ride I would say. Because
the driver was talk active and he basically nagging at me like I am his little
sister.
Oh anyway, I did asked him the way he talks
showing that he is not kedahan. And he told me he is not. So I did ask him,
then why is him here, so he told me his wife is here in kedah. So he misses his
wife, but they have no choice other than LDR.
So I did I ask him, why he said like that.
He told me the living cost in KL is insane.
It is super duper high. And he don’t think he can support his wife. Renting house
will cost him around rm500-800. That is only for renting house. Not including
groceries shopping, utilities, and bla bla. He basically told me that he can
not afford being with wife at KL, in fact his wife got a permanent job here in
Kedah. So for the time being while waiting for him to get transfer, he don’t
mind to be in LDR.
So because of what I asked, he continued
nagging at me to study hard, get a good grades, graduates and find a good job.
This story came across my mind back,
because tomorrow I’ll start my life as a degree student. And I wonder how is he
now? Is he doing great? I hope they are not in LDR anymore. Coz LDR sucks. And all
of his words made sense now.
It’s funny how time flies so fast. I am
entering Uni life, and soon to be a degree student. Even me myself can’t
believe it.
To be really honest, I wasn’t a brilliant student,
and back then I thought it is kind of impossible for me to get into university,
but here I am. I am a student of one of a really great university in Malaysia.
It just a beginning of my life. Please pray
for me 😊.
Saturday, 25 September 2021
Resepi Rainbow Crepe Cake
Seperti tahun-tahun lepas, setiap kali birthday aku, aku akan buat kek sendiri. Beli,beli jugak. Buat tetap buat. Baru rasa puas bila buat sendiri.
Tahun ini, aku decide untuk buat Rainbow Crepe Cake. Ini kali pertama aku buat kek ni. Of course la aku buat sebab aku tertarik dengan kecantikan kek ni.
Resepi ni mudah sangat, aku share kat sini okay. Lagi pula, ramai jugak kawan aku yang pm minta resepi ni, alang alang tu, jom ja la tulis resepi kat sini.
RESEPI RAINBOW CREPE CAKE
5 biji telur gred A
65 gm gula halus
1 sk garam
1 sk esen vanilla
250 gm tepung kek
625 gm fresh milk
90 gm melted unsalted butter
food colouring
500gm whippping cream
CARA-CARANYA :
1.Mix telur dengan gula dan garam. Agak agak je. Then masukkan vanilla essence.
2.Masukkan tepung kek yang sudah di ayak ke dalam adunan telur.
3.Masukkan susu. Mix sebati semua.
4.Masukkan melted unsalted butter. Kacau.
5.Simpan adunan tadi ke dalam chiller selama 1-2 jam.
6.Bahagikan adunan sama rata mengikut berapa banyak food colouring kita. Aku guna 6 jenis. so aku bahagi sama rata 6 bahagian. masukkan pewarna.
7.Panaskan Non-stick pan. Masak la bater tadi macam masak lempeng.
Whipping cream:
Bawa keluar whipping cream. bagi dia cair sikit. tapi jangan sampai whipping cream punya suhu jadi suhu bilik. agak agak dia cair, terus mix guna mixer sampai kental.
And then, lepa la crepe cake tadi dengan whipping cream. siap.
Whipping cream, aku guna rich gold brand. Brand ni sedap juga, manisnya dah perfect. Tak perlu tambah gula. Tapi let say, whipping cream korang guna tak manis, boleh tambah gula halus dalam 50gm.
tips untuk nak kek jadi pastel colour, kena mixkan colournya. colour putih cam susu + pewarna yang kita nak.
contoh:
pewarna putih susu + merah
pewarna putih susu + hijau
hasilnya, warna kita akan jadi pastel yang cantik. pewarna jangan letak banyak, nanti buruk.
Thursday, 23 September 2021
Mak anjang & Pak anjang meninggal
Saja nak tulis ni.
covid bukan hanya sekadar penyakit. Impak dia terlalu besar.
Covid bukan hanya demam, batuk, selsema. Tapi lebih dari itu.
Doa aku sekarang, semoga orang tak rasa apa yang kami sekeluarga rasa.
Sebab rasanya terlalu sakit. Sakit yang amat sangat.
Pak cik-pak cik sedara and mak sedara aku ramai yang positif covid hari tu. Dimulakan dengan Pak Anjang, Pak Lang, Mak Anjang, Mak Lang, Pak Long, Mak Long, Udin, Syarifudin, Che Ah dan beberapa lagi. satu keluarga depa kena kuarantin.
Semua survived covid, alhamdulillah.
Tapi, tak semua survived long-covid. Long-covid menyebabkan kedua pak anjang dan mak anjang aku meninggal dunia meninggalkan anak mereka 3 orang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. l
Sakit.
Pedih.
Luluh.
Kecewa.
Rindu.
itu la perasaan kami bila dapat tau pak anjang dan mak anjang tak survived long-covid.
Sakitnya, hanya Allah yang tahu.
Tapi sepedih, sekecewa perasaan aku, apatah lagi perasaan anak dia.
Anak sulung dorang baru 19 tahun. Tapi lepas ni terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Jaga adik-adik. Tak ada tempat untuk depa bergantung lepas ni. Terkontang-kanting sendiri.
Sedih sangat tengok muka depa sekeluarga. Aku tak dapat bayang perasaan si abang dan adik-adik. Aku tak dapat bayang macam mana kehidupan depa tanpa ibu dan ayah. Adik-adik tengah membesar. Masih perlukan kasih sayang, masih dahagakan kasih sayang & perhatian.
Sakitnya perasaan ni. Sakit sebab terlalu sedih. Speechless.
Mak anjang & pak anjang aku dah tak ada weeeeeeeeeeeeeee.
depa meninggal sebab long-covid.
tahu perasaan aku apa sekarang? aku doa bagi ada keajaiban dan pak cik mak cik aku hidup balik. perasaan dia,tak boleh nak explain. tapi itu la apa aku rasa. nak balik pak cik mak cik aku hidup. aku nak mak cik pak cik aku hidup. aku nak kehidupan cen dulu. kenapa covid mesti wujud?
Friday, 27 August 2021
Family & covid
Aku cuba kumpulkan kekuatan nak type pasal benda ni.
Last few weeks or last week, aku tak berapa ingat. Tapi pak anjang aku +ve covid. Diikuti dengan pak lang aku dan mak anjang. Kemudian diikuti oleh mak lang, pak long, mak long, cousins aku. Ramai. Basically ramai.
Dorang duduk dekat dekat. Berjiran dalam satu kelompok kawasan perumahan dan jauh dari orang. So dorang terinfected. Tak tahu covid datang dari sapa, tapi pak anjang aku start sakit dimulai dengan oxigen drop dan di bawa ke hospital.
So ada yang kena kuarantin kat rumah, ada yang kena masuk hospital sebab oxigen drop, ada yang di pusat kuarantin di observe oleh healthcare worker.
Mak anjang aku masih di intubasi.
Pak anjang aku dah balik dari hospital. Alhamdulillah. Tapi lepas beberapa hari pak anjang balik rumah, dia dibawa kembali ke hospital. Buat ct scan, ada darah beku di kepala, buah pinggang totally rosak, tekanan darah rendah. Aku tak faham sangat apa yang jadi dan apa yang doktor explain, tapi tu cut story short, doktor terpaksa intubate pak anjang aku.
Lepas tu, doktor call cousin and bagitahu. Depa tak boleh buat dialisis kat pak anjang due to some reasons. And doktor bincang dengan pak andak aku, untuk tak buat dialisis. Doktor cakap dalam call, "saya berterus terang dengan awak, ayah awak tak akan boleh tahan sampai malam ni" means keadaan pak anjang sangat tenat dan kritikal. Doktor panggil cousin aku which is anak dia yang sulung berumur 19 tahun, untuk datang melawat ayah dia buat kali terakhir. Dia pi dan mengucap kat tepi telinga pak anjang. Kami semua tahu tu saat kritikal dan pak anjang sangat tenat. Malam tu, abah dah sediakan financial dengan cash out duit.
I still remember, abah cakap if anything happen tonight, at least he has money.
And takdir allah. Pukul 2, pak andak call, pak anjang dah tak ada. Abah tunggu sampai subuh, and baru pergi polis buat surat and gerak ke penang.
Mak anjang masih tak sedarkan diri. Mak anjang tak tahu pun pak anjang tak ada.
Doakan pak anjang saya di tempat kat di kalangan orang beriman & beramal soleh. Semoga syurga buat pak anjang dan dapat reunite dengan arwah tokwan.
Dengan rendah hati, aku pohon doa semua pembaca untuk doakan kesihatan semua ahli keluarga aku yang sedang melawan sakit untuk kuat dan kembali sembuh. Doakan ada +ve progress buat mak anjang dan mak anjang akan cepat sedar. Semoga keajaiban berlaku. Aku mohon semua doakan kami sekeluarga, aku, adik beradik aku, parents aku, family mak dan family abah diberi kesembuhan dan kekuatan.
Semoga udin (anak sulung pak anjang) diberi ketabahan untuk menggalas tugas menjadi ketua keluarga. Semoga udin kuat untuk adik adik udin, syarifudin & zulfa.
Friday, 6 August 2021
Reunion dengan
Sebabkan tempat aku volunteer sekarang quite dekat dengan klinik yang pernah aku dapatkan rawatan RCT. Kan dulu aku pernah tulis, doctors kat situ & nurses semua baik baik. Sampai aku sedih gila gila bilaa treatment aku dah habis.
Sekarang ni, aku volunteer di ppv. Ppv ni jarak dia dengan klinik tu tak sampai 200 meter 😂 so memang ramai la doctors n nurses dari klinik tu.
Sekarang ni, dah complete dah reunion aku dengan semua doktor yang pernah rawat aku. Dengan nurses yang pernah assist doktor aku.
Nurses semua tegur aku dulu. Doktor ja yang segan tegur aku, tapi dorang kenal aku.
Sebenarnya tak nak tegur pon doktor. Cumanya aku and nurse ada berbual sehari sebelum tu. Nurse tu cakap aku ni familiar sangat. Aku cakap la aku ex patient doktor irfan. Lepas tu dia cakap oh adik ni nama "nabilah saffi eh?" Ahhahahahahah aku pon "haah saya la tu." Lepas tu nurse ni la bagitau doktor irfan nak datang ppv. Dia suruh tegur dr.irfan. aku cakap la tak nak, doktor bukan kenal aku. Sekali dia cakap, "eh tak. Doktor kenal adik. Dia cari card adik hari tu"
So next hari tu jumpa dr.Irfan, seminggu odo aku kerja dengan dia. Setiap hari nampak dia. Lepas tu aku tegur la dia, "doktor kenal saya tak?" Pastu dia jawab "kenal, nabilah saffi" hhaahhahahahahah dia ni memang panggil nama penuh aku sentiasa.
Jumpa dr.luqman n dr.aiman lagi la. Reaksi dorang dua sama "eh ni patient dr.irfan kan?"
Gittuw.
Jumpa nurse beha pula, dari jauh dia datang kat aku. And cakap "ni nabilah kan?"
YA ALLAH AKU TERHARU ODO SEMUA DOKTOR AND NURSE MASIH KENAL AKU. IN FACT DORANG YANG TEGUR DULU. Sis is terharu you knowwww.
💓❤️💓❤️
Monday, 26 July 2021
pengalam cucuk vaksin covid 19 (sinovac)
Assalamualaikum.
hari ni baru terasa nak cerita pengalaman aku cucuk vaksin covid-19. aku dah cucuk lama dah awal bulan 5 hari tu. tapi, baru terdetik nak cerita.
sebagai orang malaysia yang taat, aku tak kisah cucuk vaksin apa apa asalkan aku dapat cucuk secepat yang mungkin. ingat ya kawan kawan, vaksin terbaik ialah vaksin mana yang kita boleh dapat dulu. rakyat malaysia ni tolong lah stop kan banding banding jenis vaksin. semua vaksin bagus. jangan nakk dibandingkan.
aku pula dapat vaksin kira awal la, lepas golongan pekerja kesihatan dan pekerja kerajaan, aku dapat. so time tu memang banyak sangat benda buruk pasal vaksin yang orang sibuk share. and secara jujur, aku pun takut. banyak sangat benda buruk orang dok cerita. sampai tahap aku rasa aku nak kena buat wasiat takut mati lepas cucuk even aku tak ada harta untuk di wasiatkan. aku takut, tapi aku percaya vaksin salah satu cara untuk kita usaha.
bermula cerita, aku datang cucuk. ada 6 checkpoint kat ppv aku.
checkpoint 1: bagi borang (consent form)
checkpoint 2 : check nama betul ke ada temu janji
checkpoint 3 : consultation dengan doctor
checkpoint 4 : daftar online ke sistem vaksin
checkpoint 5 : cucuk
checkpoint 6 : observation for 15 minutes
ya, nanti akan ada consultation dengan doctor, boleh consult and bagitau doctor kalau ada sakit apa apa. sebab aku pernah ada sejarah alahan yang teruk, doctor terangkan la apa aku perlu buat if ada reaction lepas kena cucuk.
semua doctor baik, nurse baik semua baik dan smooth.
aku pun cucuk. tak rasa apa pun. okay ja. tak sakit pun. tak rasa apa pun.
balik, aku rasa nak demam and terus telan paracetamol. lepas tu dah okay dah.
second dose? aku tak ada side effect lansung. hidup macam biasa.
itu lah sejarah saya dalam program imunisasi kebangsaan. saya telah dicucuk. dan alhamdulillah, masih okay sampai sekarang.
buat sapa yang masih was was, jangan risau dan jangan takut. vaksin selamat.
Sunday, 18 July 2021
Taekwondo zaman kecik
Tadi kat tempat kerja, sekali lagi aku nangis ya. Aku memang hati tisu sekarang ni.
Alkisahnya bermula bila aku jumpa satu nama yang aku kenal. Terus terimbau zaman time kecik. Sebab zaman kecik dulu abah hantar kami satu keluarga pergi kelas taekwondo.
Nak jadi cerita, instructor taekwondo dan pengurus kelas taekwondo tu baik sangat. Depaa suami isteri. Time kecik abah kerja. Kalau grading (ujian kelayakan naik tali pinggang) taekwondo selalunya hari jumaat. Abah kerja. Jadi wife instructor taekwondo ni akan selalu hantar dan ambik kami setiap kali grading. Aku ingat lagi, time grading mesti nampak orang lain dengan mak ayah dorang. Aku mak ayah tak datang. Tak apa, tak kisah. Sebab ibu (wife instructor) tu baik sangat. Dia la yang ambik dan hantar kami sampai depan rumah.
Aku masih terbayang betapa bahagianya keluarga sir taekwondo ni dengan anak anak dia. Dorang tu happy family. Cukup bahagia & lengkap. Aku seronok sangat tengok betapa bahagianya depa.
Tapi, time 2011, instructor taekwondo aku meninggal dunia. Time kecik, aku speechless tapi tak tahu nak buat apa. Tak terluah dengan kata kata. Tapi sedih, sebab sir aku meninggal time dia masih muda. Baru 40 tahun. Time dapat berita kematian tu, aku terus fikir anak anak sir ja. Anak anak sir semua kecik kecik.
Hari ni, aku terjumpa anak sir di tempat kerja. Sebabkan aku terlalu excited, jadi aku tegur dia. Even dia tak kenal aku dah. I mean, obviously tak kenal. Dah besar, muka pun dah berubah.
First thing first aku tanya "eh nanti kirim salam kat ibu tau"
Dia diam ja.
Lepas tu aku cakap la aku sapa apa semua. And aku masih "ibu sihat tak? Nanti kirim salam kat ibu" lepas tu dia cakap ibu dah meninggal. Ibu dah meninggal 4 tahun lepas.
Bermaksud dah 4 tahun depa jadi anak yatim piatu. And aku menangis sebab tu. Sebab aku terlalu sedih. Tapi aku yakin, depa lagi sedih.
Depa keluarga yang sangat bahagia. Sangat sangat. Dan sangat akrab to each other. Jadi bila aku tahu depa dah tak ada mak ayah, keadaan dah tak sama. Aku jadi terbayang kenangan depa sekeluarga yang depa cipta . aku saksi betapa bahagianya keluarga ni. jadi aku memang sangat dan teramat sedih.
Aku sedih sangat. I just have no words to say. Depa dah tak ada dua dua mak ayah. depa dah tak ada tempat nak bergantung.
Aku mohon sangat allah sentiasa beri ketabahan kepada mereka sekeluarga untuk menempuhi hidup ini. Dan semoga allah memberi kebahagian buat depa sekeluarga.
Along angah, adik ah and udin sentiasa di hati. Aku tak kisah depa tak kenal aku. Tapi aku akan sentiasa ingat depa.
Saturday, 3 July 2021
STPM result
the day has finally come. we are on our finishing line already. im so glad i've finished stpm. no more school. hopefully.
Terima kasih cikgu-cikgu form 6 yang sentiasa komited ajar dengan penuh bersabar. terima kasih sebab sanggup berkorban masa,tenaga & duit.
Terima kasih mak abah sebab sanggup memahami anakmu ini dan sanggup menghulurkan duit untuk anak mu repeat paper.
Terima kasih kawan-kawan yang lain especially classmate aku yang banyak tolong time belajar. Terima kasih anis dan farhani sebab selalu ada untuk aku.
Result aku not really the best, but i am so grateful. only allah knows how struggle i was. so, this result is more than enough.
Sunday, 20 June 2021
catatan PICK 1
PICK ialah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
aku decided untuk menulis catatan menjadi sukarelawan vaksin sebagai kenang-kenangan di hari tua nanti. untuk catatan pertama, aku nak catatkan tentang behind the scene of PICK yang orang tak tahu. more to healthcare worker job scope la eh. sebab aku perhatikan petugas kesihatan, bukan kerajaan.
Selepas aku menjadi salah seorang sukarelawan vaksin covid-19, suprisingly, aku tak ada benda nak complaint pasal PICK.
ada orang cakap :-
"lambat betul dapat vaksin"
hakikat dan realitinya, aku sendiri melihat bagaimana semua healthcare worker push themselves to the max. aku sendiri nampak kepayahan, kepenatan mereka untuk menjalankan PICK.aku sendiri menjadi saksi macam mana penatnya healthcare worker sampai dorang terbaring kepenatan. ada yang terpaksa skip lunch. tak dapat rehat. even time weekend, tetap kena datang kerja. yup, jumaat sabtu still kena kerja.
Aku kesian kat ketua organisasi PICK kat tempat aku. aku sendiri tengok macam mana stress, penat, tak cukup rehat, kena marah, kena maki dengan orang awam dan organisasi yang lain. kena marah dengan big boss. aku sendiri tengok.
In fact, aku sendiri telah melalui fasa kena marah dengan orang awam sebab dorang dapat vaksin lambat. padahal pada dasar dan hakikat, bukan healthcare worker yang choose sapa yang akan di vaksin, tetapi sistem yang pilih. orang awam tak nampak benda tu, yang dorang tahu api kemarahan dorang je. emosi dorang.
orang bersuara dan berbunyi itu dan ini, kerana mereka tak nampak apa jadi. bukan salah orang awam juga. tapi aku harap sangat, orang awam can be more considerate.
Jadi apa aku nak sampaikan, percaya lah. semua pekerja kesihatan telah cuba semaksimum yang mungkin. Harap semua boleh bawa bersabar dan bertenang jangan marah marah. nevertheless, deep inside my heart, i also hope gov can make this PICK faster a bit more :)
-
so as you can read the tittle above,so here we go. I'm gonna give some tips (opppss,aku tau aku ni tak hebat mana but tak salah share be...
-
Sehari sebelum spm, ramai yang datang tanya aku macam mana nak score english. Bila buka whatsapp pon ramai gak tanya macam mana apa semua. ...
-
so untuk entry ni ada la content sikit so at least aku takdak la sembang bohong banyak sangat kan?so untuk form4 yang masih blurr untuk pili...
-
Assalamualaikum ... selamat berpuasa semua!alhamdulillah sama sama kita manfaatkan ramadhan ini ye.. hari ni nak share resepi creampu...












