Friday, 27 August 2021

Family & covid

Aku cuba kumpulkan kekuatan nak type pasal benda ni. 

Last few weeks or last week, aku tak berapa ingat. Tapi pak anjang aku +ve covid. Diikuti dengan pak lang aku dan mak anjang. Kemudian diikuti oleh mak lang, pak long, mak long, cousins aku. Ramai. Basically ramai. 

Dorang duduk dekat dekat. Berjiran dalam satu kelompok kawasan perumahan dan jauh dari orang. So dorang terinfected. Tak tahu covid datang dari sapa, tapi pak anjang aku start sakit dimulai dengan oxigen drop dan di bawa ke hospital. 

So ada yang kena kuarantin kat rumah, ada yang kena masuk hospital sebab oxigen drop, ada yang di pusat kuarantin di observe oleh healthcare worker.

Mak anjang aku masih di intubasi.

Pak anjang aku dah balik dari hospital. Alhamdulillah. Tapi lepas beberapa hari pak anjang balik rumah, dia dibawa kembali ke hospital. Buat ct scan, ada darah beku di kepala, buah pinggang totally rosak, tekanan darah rendah. Aku tak faham sangat apa yang jadi dan apa yang doktor explain, tapi tu cut story short, doktor terpaksa intubate pak anjang aku. 

Lepas tu, doktor call cousin and bagitahu. Depa tak boleh buat dialisis kat pak anjang due to some reasons. And doktor bincang dengan pak andak aku, untuk tak buat dialisis. Doktor cakap dalam call, "saya berterus terang dengan awak, ayah awak tak akan boleh tahan sampai malam ni" means keadaan pak anjang sangat tenat dan kritikal. Doktor panggil cousin aku which is anak dia yang sulung berumur 19 tahun, untuk datang melawat ayah dia buat kali terakhir. Dia pi dan mengucap kat tepi telinga pak anjang. Kami semua tahu tu saat kritikal dan pak anjang sangat tenat. Malam tu, abah dah sediakan financial dengan cash out duit. 

I still remember, abah cakap if anything happen tonight, at least he has money. 

And takdir allah. Pukul 2, pak andak call, pak anjang dah tak ada. Abah tunggu sampai subuh, and baru pergi polis buat surat and gerak ke penang.

Mak anjang masih tak sedarkan diri. Mak anjang tak tahu pun pak anjang tak ada. 

Doakan pak anjang saya di tempat kat di kalangan orang beriman & beramal soleh. Semoga syurga buat pak anjang dan dapat reunite dengan arwah tokwan. 



Dengan rendah hati, aku pohon doa semua pembaca untuk doakan kesihatan semua ahli keluarga aku yang sedang melawan sakit untuk kuat dan kembali sembuh. Doakan ada +ve progress buat mak anjang dan mak anjang akan cepat sedar. Semoga keajaiban berlaku. Aku mohon semua doakan kami sekeluarga, aku, adik beradik aku, parents aku, family mak dan family abah diberi kesembuhan dan kekuatan. 


Semoga udin (anak sulung pak anjang) diberi ketabahan untuk menggalas tugas menjadi ketua keluarga. Semoga udin kuat untuk adik adik udin, syarifudin & zulfa. 



Friday, 6 August 2021

Reunion dengan

 Sebabkan tempat aku volunteer sekarang quite dekat dengan klinik yang pernah aku dapatkan rawatan RCT. Kan dulu aku pernah tulis, doctors kat situ & nurses semua baik baik. Sampai aku sedih gila gila bilaa treatment aku dah habis. 

Sekarang ni, aku volunteer di ppv. Ppv ni jarak dia dengan klinik tu tak sampai 200 meter 😂 so memang ramai la doctors n nurses dari klinik tu. 

Sekarang ni, dah complete dah reunion aku dengan semua doktor yang pernah rawat aku. Dengan nurses yang pernah assist doktor aku. 

Nurses semua tegur aku dulu. Doktor ja yang segan tegur aku, tapi dorang kenal aku.

Sebenarnya tak nak tegur pon doktor. Cumanya aku and nurse ada berbual sehari sebelum tu. Nurse tu cakap aku ni familiar sangat. Aku cakap la aku ex patient doktor irfan. Lepas tu dia cakap oh adik ni nama "nabilah saffi eh?" Ahhahahahahah aku pon "haah saya la tu." Lepas tu nurse ni la bagitau doktor irfan nak datang ppv. Dia suruh tegur dr.irfan. aku cakap la tak nak, doktor bukan kenal aku. Sekali dia cakap, "eh tak. Doktor kenal adik. Dia cari card adik hari tu" 

So next hari tu jumpa dr.Irfan, seminggu odo aku kerja dengan dia. Setiap hari nampak dia. Lepas tu aku tegur la dia, "doktor kenal saya tak?" Pastu dia jawab "kenal, nabilah saffi" hhaahhahahahahah dia ni memang panggil nama penuh aku sentiasa. 

Jumpa dr.luqman n dr.aiman lagi la. Reaksi dorang dua sama "eh ni patient dr.irfan kan?"

Gittuw.

Jumpa nurse beha pula, dari jauh dia datang kat aku. And cakap "ni nabilah kan?"


YA ALLAH AKU TERHARU ODO SEMUA DOKTOR AND NURSE MASIH KENAL AKU. IN FACT DORANG YANG TEGUR DULU. Sis is terharu you knowwww. 


💓❤️💓❤️


Monday, 26 July 2021

pengalam cucuk vaksin covid 19 (sinovac)

 Assalamualaikum.

hari ni baru terasa nak cerita pengalaman aku cucuk vaksin covid-19. aku dah cucuk lama dah awal bulan 5 hari tu. tapi, baru terdetik nak cerita.

sebagai orang malaysia yang taat, aku tak kisah cucuk vaksin apa apa asalkan aku dapat cucuk secepat yang mungkin. ingat ya kawan kawan, vaksin terbaik ialah vaksin mana yang kita boleh dapat dulu. rakyat malaysia ni tolong lah stop kan banding banding jenis vaksin. semua vaksin bagus. jangan nakk dibandingkan.

aku pula dapat vaksin kira awal la, lepas golongan pekerja kesihatan dan pekerja kerajaan, aku dapat. so time tu memang banyak sangat benda buruk pasal vaksin yang orang sibuk share. and secara jujur, aku pun takut. banyak sangat benda buruk orang dok cerita. sampai tahap aku rasa aku nak kena buat wasiat takut mati lepas cucuk even aku tak ada harta untuk di wasiatkan. aku takut, tapi aku percaya vaksin salah satu cara untuk kita usaha.

bermula cerita, aku datang cucuk. ada 6 checkpoint kat ppv aku.

checkpoint 1: bagi borang (consent form)

checkpoint 2 : check nama betul ke ada temu janji 

checkpoint 3 : consultation dengan doctor

checkpoint 4 : daftar online ke sistem vaksin

checkpoint 5 : cucuk 

checkpoint 6 : observation for 15 minutes  

ya, nanti akan ada consultation dengan doctor, boleh consult and bagitau doctor kalau ada sakit apa apa. sebab aku pernah ada sejarah alahan yang teruk, doctor terangkan la apa aku perlu buat if ada reaction lepas kena cucuk. 

semua doctor baik, nurse baik semua baik dan smooth. 

aku pun cucuk. tak rasa apa pun. okay ja. tak sakit pun. tak rasa apa pun.

balik, aku rasa nak demam and terus telan paracetamol. lepas tu dah okay dah. 

second dose? aku tak ada side effect lansung. hidup macam biasa.


itu lah sejarah saya dalam program imunisasi kebangsaan. saya telah dicucuk. dan alhamdulillah, masih okay sampai sekarang.

buat sapa yang masih was was, jangan risau dan jangan takut. vaksin selamat.


 

Sunday, 18 July 2021

Taekwondo zaman kecik

 Tadi kat tempat kerja, sekali lagi aku nangis ya. Aku memang hati tisu sekarang ni. 

Alkisahnya bermula bila aku jumpa satu nama yang aku kenal. Terus terimbau zaman time kecik. Sebab zaman kecik dulu abah hantar kami satu keluarga pergi kelas taekwondo. 

Nak jadi cerita, instructor taekwondo dan pengurus kelas taekwondo tu baik sangat. Depaa suami isteri. Time kecik abah kerja. Kalau grading (ujian kelayakan naik tali pinggang) taekwondo selalunya hari jumaat. Abah kerja. Jadi wife instructor taekwondo ni akan selalu hantar dan ambik kami setiap kali grading. Aku ingat lagi, time grading mesti nampak orang lain dengan mak ayah dorang. Aku mak ayah tak datang. Tak apa, tak kisah. Sebab ibu (wife instructor) tu baik sangat. Dia la yang ambik dan hantar kami sampai depan rumah. 

Aku masih terbayang betapa bahagianya keluarga sir taekwondo ni dengan anak anak dia. Dorang tu happy family. Cukup bahagia & lengkap. Aku seronok sangat tengok betapa bahagianya depa. 

Tapi, time 2011, instructor taekwondo aku meninggal dunia. Time kecik, aku speechless tapi tak tahu nak buat apa. Tak terluah dengan kata kata. Tapi sedih, sebab sir aku meninggal time dia masih muda. Baru 40 tahun. Time dapat berita kematian tu, aku terus fikir anak anak sir ja. Anak anak sir semua kecik kecik. 

Hari ni, aku terjumpa anak sir di tempat kerja. Sebabkan aku terlalu excited, jadi aku tegur dia. Even dia tak kenal aku dah. I mean, obviously tak kenal. Dah besar, muka pun dah berubah. 

First thing first aku tanya "eh nanti kirim salam kat ibu tau" 

Dia diam ja. 

Lepas tu aku cakap la aku sapa apa semua. And aku masih "ibu sihat tak? Nanti kirim salam kat ibu" lepas tu dia cakap ibu dah meninggal. Ibu dah meninggal 4 tahun lepas. 

Bermaksud dah 4 tahun depa jadi anak yatim piatu. And aku menangis sebab tu. Sebab aku terlalu sedih. Tapi aku yakin, depa lagi sedih. 

Depa keluarga yang sangat bahagia. Sangat sangat. Dan sangat akrab to each other. Jadi bila aku tahu depa dah tak ada mak ayah, keadaan dah tak sama. Aku jadi terbayang kenangan depa sekeluarga yang depa cipta . aku saksi betapa bahagianya keluarga ni. jadi aku memang sangat dan teramat sedih.

Aku sedih sangat. I just have no words to say. Depa dah tak ada dua dua mak ayah. depa dah tak ada tempat nak bergantung.

Aku mohon sangat allah sentiasa beri ketabahan kepada mereka sekeluarga untuk menempuhi hidup ini. Dan semoga allah memberi kebahagian buat depa sekeluarga. 


Along angah, adik ah and udin sentiasa di hati. Aku tak kisah depa tak kenal aku. Tapi aku akan sentiasa ingat depa. 

Saturday, 3 July 2021

STPM result

 the day has finally come. we are on our finishing line already. im so glad i've finished stpm. no more school. hopefully.

Terima kasih cikgu-cikgu form 6 yang sentiasa komited ajar dengan penuh bersabar. terima kasih sebab sanggup berkorban masa,tenaga & duit. 

Terima kasih mak abah sebab sanggup memahami anakmu ini dan sanggup menghulurkan duit untuk anak mu repeat paper.

Terima kasih kawan-kawan yang lain especially classmate aku yang banyak tolong time belajar. Terima kasih anis dan farhani sebab selalu ada untuk aku.

Result aku not really the best, but i am so grateful. only allah knows how struggle i was. so, this result is more than enough. 



Sunday, 20 June 2021

catatan PICK 1

PICK ialah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

aku decided untuk menulis catatan menjadi sukarelawan vaksin sebagai kenang-kenangan di hari tua nanti. untuk catatan pertama, aku nak catatkan tentang behind the scene of PICK yang orang tak tahu. more to healthcare worker job scope la eh. sebab aku perhatikan petugas kesihatan, bukan kerajaan.

Selepas aku menjadi salah seorang sukarelawan vaksin covid-19,  suprisingly, aku tak ada benda nak complaint pasal PICK.

ada orang cakap :-

"lambat betul dapat vaksin"

hakikat dan realitinya, aku sendiri melihat bagaimana semua healthcare worker push themselves to the max. aku sendiri nampak kepayahan, kepenatan mereka untuk menjalankan PICK.aku sendiri menjadi saksi macam mana penatnya healthcare worker sampai dorang terbaring kepenatan. ada yang terpaksa skip lunch. tak dapat rehat. even time weekend, tetap kena datang kerja. yup, jumaat sabtu still kena kerja.

Aku kesian kat ketua organisasi PICK kat tempat aku. aku sendiri tengok macam mana stress, penat, tak cukup rehat, kena marah, kena maki dengan orang awam dan organisasi yang lain. kena marah dengan big boss. aku sendiri tengok.

In fact, aku sendiri telah melalui fasa kena marah dengan orang awam sebab dorang dapat vaksin lambat. padahal pada dasar dan hakikat, bukan healthcare worker yang choose sapa yang akan di vaksin, tetapi sistem yang pilih. orang awam tak nampak benda tu, yang dorang tahu api kemarahan dorang je. emosi dorang.

 orang bersuara dan berbunyi itu dan ini, kerana mereka tak nampak apa jadi. bukan salah orang awam juga. tapi aku harap sangat, orang awam can be more considerate.

 Jadi apa aku nak sampaikan, percaya lah. semua pekerja kesihatan telah cuba semaksimum yang mungkin. Harap semua boleh bawa bersabar dan bertenang jangan marah marah. nevertheless, deep inside my heart, i also hope gov can make this PICK faster a bit more :)





Friday, 11 June 2021

vaksin covid-19

yey, alhamdulillah mak dan abah dah dapat vaksin covid-19. 

ringkas je lah, itu je nak update. so so happy for both of them.



 

Friday, 7 May 2021

The powerful side of Du'a

 Hampa pernah dengar tak ayat ni


"ALLAH WILL ALWAYS LISTENS,

EVEN IF EVERYONE ELSE WON'T"


It is indeed a beautiful quotes. 

Aku manusia yang tak tahu malu. 

Walau aku tahu aku jahil dan banyak dosa, tapi aku masih tak malu minta macam macam dengan tuhan. Ada dapat, ada yang tak dapat. Bila tak dapat tu, aku akan tertanya balik. And pertikaikan jugak la kekadang. Tak tahu malu kan aku ni? Ada hati persoalkan.

Tapi, aku baru perasan. Allah jawab doa kita pada waktu yang tepat. Allah makbulkan doa kita, cuma cepat atau lambat sahaja. Allah akan beri pada waktu yang sesuai.

Allah bagi apa yang kita perlu pada tepat pada masanya. Jangan risau.

Sebab tu la ada quote that says Allah is the best planner. Memang. Memang allah yang maha mengetahui segala-galanya. 

So apa aku try nak cakap kat sini, have faith in allah. Always make dua. Even if our dua sounds impossible, but trust me nothing is impossible. Allah always listen to us. 

And one more thing, ayat ni kawan kawan aku memang dah selalu dengar. Aku nak cakap lagi sekali jugak. Cari allah untuk bersujud baru cari manusia untuk bersandar. Ingat, walau apa pun, mengadu lah pada allah. 

Tapi tapi, doa sahaja tak guna. Kena ingat kita kena usaha, doa, dan tawakal. Baru boleh. Doa tanpa usaha ibarat nak naik flight tapi tak ada ticket. So tak boleh. Kena well balanced okay ♥️

Front Desk #MyVac

Aku dah start menjadi sukarelawan di Pusat Vaksinasi. 

Honestly i had so much fun when i worked. I met a lot of people. Tambah pula aku kerja di front desk. Ceh acah acah je kan. Aku kerja di bahagian pendaftaran. Jadi semua vacinee (orang yang akan di cucuk) semua kena melalui aku.

Bukan aku je la kat front desk tu. Ada nurses, ada Dr.Farhana & ada lagi sorang sukarelawan iaitu Akmal. 

Kalau Pak Cik Mak Cik datang sekali gus serentak, memang sakit dan seksa. Tapi okay ja. Kerja tak susah. Cuma kena pantas menulis. Dapat pula Vacinee yang tak reti cakap melayu, tak tau bahasa Inggeris, tak boleh menulis. Fuh a bit difficult to handle. 

But that it is. Kenangan untuk dikenang. Setiap orang lain lain perangai.

Ada yang baik sangat, menyenangkan dan memudahkan kerja, ada yang penuh sopan dan santun bila berbicara, ada juga yang golongan kayangan. Tapi apa pun semua itu kenangan.




Sunday, 2 May 2021

Pelancaran MYVAC

15 April 2021, aku ada dapat jemputan untuk mewakili Pengakap Kelana Negeri Kedah ke Pejabat Belia dan Sukan Negeri Kedah untuk sama sama menonton gimik pelancaran sukarelawan MyVac kerjasama antara MOSTI dan KBS dia pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah 'Program Imunisasi Peringkat Kebangsaan'. Pelancaran diadakan pada 16 APRIL 2021. Pagi aku ada exam, tengahari terus shoot ke alor setar untuk sertai pelancaran ni.

Aku honestly memang dah mendaftar untuk menjadi sukarelawan. Cumanya, dah almost sebulan time tu daftar, aku tak dapat call dari pejabat belia. Jadi, bila di jemput ke Pej.Belia & Sukan Negeri terus aku excited nak pergi. 

Bila sampai, kami dijemput masuk ke bilik mesyuarat. Masa itu, bukan sahaja Pengakap yang ada, PBSM pun ada, Rakan muda pun ada. Jadi time tu kami sama sama menonton perasmian yang di adakan di ibu negara secara atas talian. Dapat lah tengok Abah KJ. 

Itu je la. 

Aku excited nak mulakan sukarelawan MyVac ni. Doakan semoga semua dipermudahkan. 

Attach beberapa gambar sebagai kenang-kenangan. 

Ni la pelancarannya. Kami cuma dapat tonton dalam skrin. Okay la, kena adapt dengan norma baru.



Me with my hidden-excited-face
Dapat juga berjumpa dan bergambar dengan pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah. Fuh nervous betul. Sebab kita ni hanya seketol kentang.

Sebelum ada yang nak judge, SOP sangat ketat semasa kami berada di sana. Mask dipakai sentiasa, suhu dicatit, scan my sejahtera, duduk jarak 1meter, tiada bersembang jarak dekat. Semua duduk jauh antara satu sama lain. 

Syabas pihak Belia Dan Sukan Negeri Kedah atas kepatuhan SOP.




Saturday, 24 April 2021

form 7

day 7 of being penganggur. 

today is 17th April 2021, 00:23 am.

currently writing this.


I am so relieve, I can finally say that I have finished my long awaited exam. which is STPM. Which this exam supposed to end on december 2020, and it got delayed due to covid-19 and movement control order... and the list goes on. 

STPM was never in my mind. I never thought that I'll ended up being a form 6 student. It was never in my plan.

To be frank, I wanted to take diploma, but everyone in my family against my plan. that is all i can say.

the first sem, i keep on saying that I wanna quit,quit and quit. I cried every single day.literally every single day.

I am so grateful god has given me a good companion throughout this STPM journey that supposed to be 1 and half year and turned out to be 2 years. Words cannot describe how grateful I am to get such a nice, supportive and motivational friends that keep pushing me to finish what I have started.

 post exam selfie. we literally selfie right after we went out from that freaking exam hall.
 
It might sounds over for you coz I am writing all this nonsense. but you have no idea how struggled I was back when I was still a form 6 student. crying is like my bestfriend. I love to cry. and I used to cry whenever I am back from school. it was back in 2019 in my first sem.
 
when I entered my second sem, thanks to covid coz I forgot the fact that I wanna quit form 6.

lol.

i am worry about my result but not that very worry about what my result might be, I mean of course I care but but but whatever it is I just wanna accept it. form 6 is not easy. It is totally difficult. same like the other pathway such as A-level, diploma, matriculations.i don't wanna compare. everything is difficult in this life.













Kakak STPM Pro Max officially signing out.