Thursday, 17 September 2020

hujan

Time kecil dulu,time hujan lah paling aku suka. sebab kalau hujan boleh main hujan,boleh tidur sebab nyaman. hahahahahahahahahhahahahahhaha standard la kan sebab masih budak.Tapi sampai ke besar lah aku suka hujan.Boleh tidur,boleh rasa nyaman.if ada sport event,benda tu akan cancel. Kan seronok benda tu semua. 




tapi,bila aku join volunteering work dekat kawasan pedalaman yang majoritinya bekerja sebagai nelayan. at least terbuka lah biji mata aku ni. 


pernah tak terfikir,hujan yang kita suka ni,ada orang kurang gemar. mungkin kerana dia berniaga,kalau hujan,tak dapat lah dia berniaga. mungkin juga orang tu nelayan,kalau musim hujan.laut bergelora. dorang tak dapat cari hasil laut. dan sseperti mana kita tahu, kebanyakan rakyat kat malaysia ni masih hidup dalam kesusahan. ada yang kais pagi,makan pagi. kais petang,makan petang. kalau dia tak dapat kerja dia hari itu,mungkin dia tak ada duit untuk nak sara keluarga,tak ada duit nak makan.


ada satu kes ni semasa aku tengah buat aktiviti santuni asnaf iaitu kami menziarahi asnaf dari rumah ke rumah,pak cik ni cerita.cerita dia lah buat aku rasa nak nangis sangat. tapi tak boleh nangis,kena professional,kena kawal air muka depan orang ramai.

rumah dia agak jauh dari pekan,kami amik masa dalam 30 minit juga la. rumah dia paling dalam sekali.jalan nak pergi masuk kawasan tu aku adventure.jejak je kaki kat rumah dia,aku rasa amazed jap. rumah dia  tepi laut. depan rumah dia macam ada satu kawasan macam jeti letak kapal macam tu. berdirinya kaki kat situ,boleh dengar bunyi air laut. aku suka laut,that is the reason why aku suka gila kat situ.

aku tak ingat macam mana pak cik tu boleh buka cerita ni.Cerita macam mana dia hanyut kat tengah laut selama 3 hari. Kalau kita dengar,rasa tak logik. sebab 3 hari,tapi masih boleh hidup. Waktu first dengar tu,aku cuba fikir. Impossible kan kalau kita dengar orang jatuh dari bot boleh survived? kebanyakannya yang kita dengar mesti diakhiri dengan kematian. 


cerita dia macam ni.

pak cik ni memang kalau sekali keluar akan keluar tangkap ikan jauh jauh,kadang sampai ke Penang sana cari ikan. Dan memang kebiasaannya,kalau dia keluar ke laut,memang dia akan ke laut 2-3 hari baru balik rumah.

Hari hujan lebat.Pak cik tu dah keluar ke laut. Sedang kat tengah laut tu la,laut bergelora dengan sangat teruk. Jadi,entah macam mana,dia hilang pertimbangan,dan jatuh ke dalam laut kat tengah tengah laut tu.Which means tak ada sapa pun kat tengah laut,apatah lagi ada yang nak perasan dia jatuh.


Jadi,menurut pak cik tu, dia cakap dia pun ingat itu pengakhiran hidup dia. Dia dah mengucap,sebab memang ingat tak ada harapan dah.Tapi tu lah kan,kuasa Allah melebihi segalanya. Sesungguhnya Allah lah paling berkuasa. Jadi bila dia dah jatuh,dia dah timbul balik,pak cik ni dah tergapai-gapai,tapi tangan dia pantas dapat rasa ada kayu. So dia berpaut kat kayu tu. Dia berpaut kat kayu tu selama 3 hari.


so aku tanya,so macam mana pak cik survived kan? polis jumpa pak cik ke? kot anak anak pak cik buat report.

tetapi sangkaan aku meleset. Tak ada polis pun datang tolong. Macam aku tulis kat atas,pak cik ni memang sudah menjadi kebiasaan keluar ke laut 2-3 hari. Memang dalam tempoh tu dia tak balik rumah,anak bini dia tak rasa apa apa,iya lah dia pegi laut. normal. kalau lebih seminggu macam tu,mungkin anak bini dia akan risau.


jadi,macam mana pak cik ni boleh selamat?boleh survived? 

dia berpaut kat kayu tu without doing anything.hanya ikut kemana arus bawa dia. sampai lah hari ketiga tu,arus laut dah bawak pak cik ni sampai kat pesisir pantai. so bila dah kat pesisir pantai,banyak lah bot bot kecil.so bot bot kecik ni la jumpa pak cik ni bawa pak cik ni ke daratan.


aku ada tanya in case hampa pon tertanya tanya,kenapa pak cik ni tak berenang je?and im very sure. selalunya orang yang tinggal dekat dekat laut ni mesti tahu berenang. so kenapa pak cik ni tak berenang. 


pak cik tu gelak ja weh. dia cakap,impossible untuk dia berenang ke tepian,ceh ayat aku. tapi tu la,dia takkan boleh berenang ke tepi or ke darat. sebab,time tu dia betul betul kat tengah laut. entah berapa puluh or beratus km dari daratan. plus,dia tak stretching pon (Obviously lah,dia ke laut nak tangkap ikan bukan nak bersenam). so,possibility untuk dia cramp tinggi. kalau cramp kat tengah laut lagi lah bahaya,mungkin dia end up mati lemas sebab tak boleh berenang.


sepanjang 3 hari kat laut,dia memang betul betul bergantung harap kat allah. harap ada keajaiban. mulut tak berhenti zikir dan doa,semoga semua dipermudahkan. dan harap orang akan jumpa dia. 


bab macam mana dia tidur,aku tak sure,tak terfikir dek akal untuk aku tanya soalan tu.


sesungguhnya kalau ikut logik akal aku yang jahil ni,aku rasa quite impossible. tapi tu lah,nak tunjuk bukti kebesaran allah. dan sesungguhnya allah yang berkuasa. 


Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: 'Jadilah engkau!'. Maka ia terus menjadi.” (Surah Yasin: 82)


1.Imam Ibn Jarir al-Tabari

Imam al-Tabari menukilkan perkataan Qatadah. Kata beliau (Qatadah): “Tidak ada di dalam kalam arab yang lebih ringan dan mudah daripada kata-kata Allah. Maka Allah Maha Berkuasa dan amat mudah bagi Allah untuk buat perkara tersebut.” (Lihat Jami’ al-Bayan ʿan Taʾwil al-Qurʾan, 20/556)


2. Imam Ibn Kathir

Beliau berkata: Iaitu Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 6/664)


3.Imam al-Syaukani

Sewaktu mentafsirkan ayat ini, beliau menyatakan bahawa kekuasan Allah SWT itu begitu sempurna, dimana jika Dia berkehendak kepada sesuatu perkara, Dia hanya perlu menyebut "jadilah" dan ia akan terus terjadi tanpa perlu bergantung kepada suatu perkara yang lain. (Rujuk Fath al-Qadir, 4/546)


wallahu'alam. that is all. hanya secebis kisah yang betul betul buat aku buka mata untuk mensyukuri segala nikmat yang ada di depan mata.


                                                 bye,assalamualaikum

Wednesday, 16 September 2020

injection again

 so,as what have i write in previous post,saying that i have appointment with doctor.


i went to a clinic,and this doctor said i have 2 option in other to heal my skin.The first one is taking medicines every single day and put on the cream. the other option is getting injection.


when she said injection,i feel like im gonna die. hergh,i hate injection.not because of Im scared of needle,but because i hate the after effect.I'll feel weak every time after getting injection.


and as what i have wrote,i just got 3 injection last month because of wasp sting..I don't mind to get injection,but not in this short period. so of course I'd go with taking medicines and putting all the cream,again.


but,after that.my doctor is kinda look like insisted with getting injection. and said please come either on this friday or tuesday next week to get injection. and i was like "ohh i still need it" lulz....


so after a week of taking medicines,i came back to the clinic to get injection. i was so nervous.i mean seriously nervous for this! hergh. and then,dr checked my skin and said "adik nak cucuk ka?saya tengok macam dah okay dah ni"


la pulakkkk. penat je aku nervous. ended up,aku tak kena cucuk sebab my skin has improved a lot. but im not really happy. sebab ubat dari 2 klinik yang sebelum ni pun macam ni konon lega,but after a few weeks,jadi balik.


based on what doctor said,injection will make the healing process a bit faster compare to taking medicines. however,at the end of the day,it still depends on the skin itself.


but what can i say,i dont need to get injection,but i need to continue taking eczema medicines and some other cream to be applied to my skin.


oh speaking oh eczema,i have told my doctor about this confusion,and she explained in details. She is so nice,very soft-spoken,kind-hearted and she knows how to explain in normal terms,not in the medical terms. so,she explained and said,its kinda impossible to be fungal infection,most probably it is because of eczema. skin reaction or very sensitive of my skin. and if it is fungal infection,it is not supposed to look like that.


overall,please keep me in your prayer. i dont want eczema to ruin my life. it sucks.

Monday, 14 September 2020

Rude patient?

 Its 3:15 and i cannot sleep. Mampus lah dalam kelas.


Anyway,i've been struggling with skin infection for quite some times. I've met and got my consultation with 3 different doctor from 3 different clinic. 2 of them diagnosed me with eczema. And the other one said that it just a fungal infection. It is not eczema. That is what he said. 


So, of course i was shocked the moment he said that. Because all this while i have been taking eczema meds and used eczema cream. 


So i asked him back,and he explained it to me. So next. 


I know this particular cream for fungal infection and can be used for eczema as well, so i was scared if that doctor will gives me that cream because i've been using it but there is no improvement. 


So before i go out. I asked doctor what kind of cream will he gives. And i told him about previous cream that i've been using. And out of blue,he kinda scolded me. And said "i am the doctor. I know better than you. Different doctor will give you different meds." 


A friend of mine share this story by telling this one particular person who work as a doctor. So my friend asked if it is okay for the doctor to treat patient like that. 


And im totally understand about what that doctor said. But he did mentioned about rude patient exist. And of course rude doctor exist too. 


No. Im just gonna defend myself. Im not being rude. I was just telling him with my suara yang terketar-ketar sebab takut dan nervous that i dont want that particular cream. If that is rude for him,idk what to say. Plus idk that i cannot talk about previous treatment that i got. doctor wasnt interested and ask nothing about my previous treatment. 


So yah. 

Idk men. I have appointment with doctor tomorrow. Wish me luck.

Friday, 11 September 2020

wishes card

 this story is an old story of mine. nothing special,it just when i think about it,it is quite funny. and just gonna leave it here so that i can read this again when im old.


it was back in 2016,4 years ago. when i was just 15 years old.

aku join satu rombongan sekolah pergi cameron. and,aku dan syahirah,kami berdua adalah termuda dalam group rombongan tu,kami ja budak tingkatan 3 yang join. yang lain semua budak form4 dan form 5. time tu nak dekat PT3,so tak ada sapa berminat nak join rombongan sebab NAK EXAM DAH KOT.lagi seminggu ka dua minggu tah nak exam. ya,kami punya rileks kami pi join rombongan.

to cut story short,syahirah tak sihat sangat time pergi rombongan tu. so,satu bas kenal dia sebab dia muntah-muntah and ended up pergi klinik sebab dia tak sihat.kami pergi melaka,and then cameron. on the way tu,kami stop kat KLCC and then terus ke cameron. sebelum naik cameron,cikgu berhenti kat klinik kesihatan. sebab syahirah muntah banyak sangat. so that is the reason why satu bas kenal dia.

so after that,there was this one boy,muncul depan aku a day before PT3 if im not mistaken,and asked me to pass a wish card to Syahirah. and mamat ni join rombongan. so yah. 

then aku tanya lah. kenapa untuk syahirah ja. and you know what he said? "aku hanya kenal syahirah ja" kuangasam,aku duduk sebelah syahirah 24h. dia boleh jawab macam tu.

so fast forward after 4 years,we are still friend till now. and he called me a few days before exam,and I brought this story up. kita mesti ungkit. and i asked him to make one for me. 


and he did!but he just gave me an e-card. no physical card. and let me just attach that e-card here. so you know what he said -_- 



REALLY MEHHHHH?


Monday, 24 August 2020

Kena sengat......

Actually i was thinking should I post this,or not. but lemme just write it here. the reason why i feel like I wanna write about this,is because this is my first time kena sengat tebuan and sebab aku terharu dengan layanan semua orang.




and my first time going to klinik kesihatan. yup,im 19 and this is my first time. I always read all those negative thing about gov clinic. I mean the way some of the health care worker treat the patient. But,I'm also know the fact that it might be a reason for that and perhaps they are too tired.or actually only the patient feel that way when the healthcare worker didnt mean it.we never know. nevermind,but im quite surprise when I when to that clinic,I'd say that all of them treat me nicely. from doctor,nurses,and the medical assistant too.

okay here is how the story begin.hari tu aku hidup macam biasa. aku bangun tidur dan sembang dengan mak aku pasal ada student kena sengat tebuan sebab sebelah kelas aku ada sarang tebuan sambil menunggu adik aku yang bersiap lambat nak mampus.

aku datang sekolah,time nak greet cikgu by saying 'Assalamualaikum',aku nak bangun aku pegang la meja. And boom!!!!!!!!!!!!!

sakit gila weh,i even cry. im such a cry baby,im so soft. so,because i have exam i mean BIG EXAM BCS IT IS MY FINAL EXAM,all the teachers say that I should go to clinic so i can get injection from proffesional as well as get the treatment.

aku tak takut jumpa doktor,aku tak takut untuk kena cucuk,aku okay plus aku suka pergi klinik,so I dont say anything and just go to the clinic although i was frustrated a bit,because aku skip kelas pecutan geografi terakhir sebelum exam. but nvm.

I told doctor,her name was dr.Asma,she was so kind and soft-spoken that make me feel wanna cry again because she was too nice. so i said to doctor that I'm going to have exam tomorrow,so how my hand are going to be?akan bengkak ke?akan sakit ke?

lucky enough,because i was brave enough to be honest with her,doctor decided to give higher dose.Based on  what i heard,dr.asma say it's better to give higher dose so that boleh lega dengan cepat. plus,she add on another one injection untuk tak bengkak (as well as painkiller). and doktor bagi,actually aku tak tahu untuk tak bengkak tu kena inject,bila doktor tanya nak ke,i said ''nak''. rupanya aku kena cucuk 3 kali siot betul.

merasa la duduk kat emergency department,i dont even know the reason why i need to wait there,don't judge. doctor asked me to go and wait at the emergency while waiting for someone to give injection. so,in the emergency department,it wasn't that hectic as i was expected it to be, but there are a few people with serious disease/illness compare to me. aku duduk kat situ,aku tengok kiri kanan aku tengah sesak nafas la,accident la. while me,kena sengat tebuan je. rasa malu pulak bila ingat yang aku siap nangis bagai

there was 1 lady nurse,and the other 3 was medical assistant. there was a doctor,but the doctor was busy with this one patient discussing about covid-19. i dont really hear what they were talking,but seems like that guys wanna do swab test kot,maybe.

so,there was only one lady or women there. I was pasrah enough and okay if i have no choice and end up with the MA. but,lucky enough,i felt so touch the nurse keeps saying ''tak apa. adik nabilah ni biar akak buat''. so that was the reason why i waited for so long. because that nurse was busy with other patient.


so,nurse dah banyak kali cakap, ''adik itu akak handle'',but there was this one MA,was insisted to give injection to me. i was wearing mask,so its impossible for him to see my skeptical-face. bcs seems like he is a new MA. but,he did great! i don't feel any pain at all.

tangan aku tak bengkak lansung.
sakit tu ada,but tak teruk.

lepastu,bila sampai sekolah semua orang cam caring. obviously,i was crying so they knew what happened to me..so semua cam tanya okay ke,sakit tak,and a lot more ques. some of them tak bagi pun aku buat kerja sebab dorang cakap kesian kat tangan aku.

alhamdulillah,tak bengkak lansung. sakit tak ada. cuma aku memang lemah sikit bab injection ni,sebab,every time kena inject,mesti aku akan rasa nak demam. so struggle sikit.

Friday, 21 August 2020

Resepi Brownies Kedut Seribu

honestly, aku dah buat brownies guna resepi dah berkali-kali dah. and rata rata yang rasa mesti puji. tapi tu la,aku tak tahu dorang puji sebab nak sedapkan hati atau apa.

and,a lil reminder,i try my best to explain in details oki

Credit: @azlitamasammanis

Resepi brownies kedut

Bahan-bahan
400g cooking chocolate
150g butter
100g gula perang
100g gula kastor
4 biji telur
1 sk esen vanilla
100g tepung gandum *ayak
1 sk baking powder *ayak
30g serbuk koko

Cara-Cara

cairkan coklat dulu. apa-apa brand pon boleh,tapi i prefer and suggest to use coklat yang kualiti dia okay sikit. means,aku tak recommend beli cooking choc brand supermarket. aku guna beryls,pon okay.

so cara cair. ada dua kaedah.
1.microwave coklat with butter for 1 minit

atau

2.double boiled.
double boil ni,konsep dia. kena ada satu periuk,didihkan air. lepas tu ada satu bekas,letak atas periuk tu. and make sure,air dalam periuk tak kena bekas berisi coklat dan butter.

macam ni la rupa dia. 
credit picture goes to goodle and its from baker bettie.


cairkan,gaul rata.


next,

1.mixkan, gula kastor,gula perang, telur,esen vanilla. mix sebati. pakai whisk je.



2.campurkan adunan telur tadi bersama coklat masakan. mix sebati.

3.masukkan tepung gandum,baking powder,and cocoa powder.



panas kan oven terlebih dahulu. gris loyang dengan butter. bakar brownies ni dengan suhu 160'c selama 30 minit.



lepastu sejukkan kek ni.

potong bila kek sejuk tau!! nanti sejuk baru nampak makin berkedut.

lepastu,topping atas tu suka hati awak la.

itu je,senang kan??

makan la dengan bangganya awak pandai baking

with hazelnut choc ice cream with some drizzle nutella on top of it.

just plain,with some almond.

brownies kosongggggg.


explain sikit :-

1.aku cadangkan beli lah coklat yang berkualiti sebab coklat masakan tu komponen terpenting dan utama ya. jadi ia memainkan peranan penting.

2.aku tak guna unsalted butter macam mana original resepi minta.and rasa still okay.

3.bab double boil tu,aku suggest guna periuk pengukus. panaskan air kat bawah,kat atas cairkan coklat. and sila hati hati,coklat ni manja sikit. tak boleh terlalu panas. so aku selalu panaskan air sampai mendidih,dan kemudian tutup api. baru letak bekas coklat pula.


Thursday, 20 August 2020

Resepi Butter Cake

the easiest butter cake with the simple ingredient. here we go.


this is the old-school butter cake. i remember when i make this for my grandmother,and she kinda loves it. even my mom loves it too. so why nottttt tulis resepi kat sini.

tak kisah what kind of butter you wanna use,but here is a reminder.
disebabkan ini butter cake, so butter main peranan. but,it still fine to use any kind of butter.but different butter,will make it taste differently,obviously.

RESEPI OLD-SCHOOL BUTTER CAKE

Bahan-bahan
250g butter
150g gula 
4 biji telur 
1 sk esen vanilla
250g tepung gandum *ayak
1 sk baking powder *ayak
1/2 cawan susu segar

Cara-cara

1. pukul butter dengan gula. sampai kembang,colour butter tu pon akan bertukar pucat.
2.masukkan telur satu per satu berselang seli dengan tepung gandum + baking powder.
3.masukkan esen vanilla.
4.last sekali masukkan susu.

Panaskan oven 10-20 minit earlier.
suhu depends on your oven,but usually 170-180'c.
masa 40 minit atau sehingga masak.

siapppp geng!!!!!!!!!!!!!!
makan dengan bangganya awak pandai baking.






Sunday, 9 August 2020

Preloved Karnival #3

Okay. This might be the last entry about this event.

This is the final one.

24,July 2020.

So kami datang, and tak buat apa sangat. Hanya la pilih baju and letak dalam bag untuk diberi kepada asnaf mengikut nama yang diberikan oleh pihak masjid.

Time tengah memilih baju untuk bagi asnaf. 

Ni shakir. Yc utara (kuala kedah)

Walaupun aku tak ada dalam gambar,percaya lah kami semua buat kerja time tu. 

Aku suka gila bila kena cari baju baby. Sebab baju baby kecik,cuteeeee!!! Love ittt. 

Cute gila baju tu!!! Tu aku suka baju baby tu!!,

Sumpah banyak gila baju baby yang kami dapat. So grateful. 

25,July 2020

Aku ingat eh, malam sebelum tu. Ada meeting. And our leader said something like this "aku nak hampa bersiap elok elok. Bila hampa mai tu aku terkejut ah tengok hampa" 

Dan memang tak la seketol saffi nak bersiap beria. Aku cam biasa geng, hanya pakai liptint untuk tak nampak pucat,and thats it. Hahahahahahah. Tak bersiap pon. MALEHHH AQUE

So pagi tu,nervous tau actually. Sebab ada juga manusia yang first time datang on that day macam syafiq,naim & izzat, so quite nervous for that as well as to meet all the asnaf. 

But everything went well. We started our day with dua, and then semua berpecah ikut kumpulan masing masing. And then pergi rumah asnaf. 

Kami semua dibahagikan kepada kumpulan. Pastu macam biasa la si Hasuna ni memang dia tak boleh orang senang sikit, aku minta nak kumpulan dengan Atikah,dia terus tak bagi. Dia bagi aku team dengan lelaki iaitu Naim n Syafiq. 

I IS OKAY JE KUMPULAN DENGAN SAPA-SAPA,STILL BOLEH SURVIVED.



((Otw ke lokasi dimana kena berkumpul. Selfie dulu. Tudung hitam farhani,tudung putih tu dina.))

So basically pergi rumah asnaf la. Aku tak tahu nak tulis apa,memang kami pergi rumah asnaf and santuni mereka. 

Macam macam cerita ada time ni. Yang buat aku celik buka mata,untuk start bersyukur dengan apa yang aku ada. 

So tak tau nak tulis apa,tengok la gambar gambar ni semua. 









Disebabkan time tu fon aku habis bateri and aku tinggal kat rumah,so aku tak ada gambar. Ni pun ehsan geng sana bagi gambar. 

Tapi bagus jugak la aku tak bawa fon. Aku boleh fokus dengar segala kisah yang dorang share. Yang buat aku hampir termenangis sebab sedih :( 

In a nutshell ceh macam exam. K series. Overall its i great experience for me. Aku dapat belajar banyak benda. Teammate semua bagus bagus (walau kuat nganjing -_-). 

And kalau tanya aku,kalau ada peluang lagi dimasa hadapan untuk program macam ni,aku definitely akan join. 

Bagi aku,program macam ni best. Kita boleh tengok sendiri kesusahan yang dialami orang lain yang mungkin kita tak expect. Kita tak expect sebab kita ni hidup dalam zon selesa kita.

Terlalu banyak cerita yang aku dapat dan belajar dari program ni. Eventho i would say it is quite tiring,but i enjoyed it. Sebab aku susah nak explain perasaan aku. tapi apa aku boleh cakap,aku tak menyesal la join.

what can i say,sila la join kalau ada program macam ni. Hampa boleh belajar banyak benda. Dari disiplin diri,dari segi leadership and dll. 

Satu benda lagi,lepas join benda ni. Aku sedar banyak nikmat yang allah berikan kepada kita. Yang kita take for granted. 

Aku sepanjang otw balik,aku sebak gila. Aku tak tahu kenapa. Air mata bertakung ja. Sebak sebab banyak benda aku tak mensyukuri.

So guys,dont forget to say alhamdulillah for all what you have today. And alhamdulillah diberikan kesempatan untuk hidup hingga sekarang. 

((Mai aku list nama sorang sorang. 
Shakir, naim, izzat, syafiq pengakap, syafiq aor, hasuna, mat nor, anis, farhani, dina, tasha, atikah. 

Not in the picture; rafiq,faiezah.))


So the end. 

So sebelum mengakhiri. I would like to say thank you to shakir first,thank you for giving free accomodation to us. Thank you for the hospitality. And to the other teammate,thank you too. Thank you untuk jajan jajan yang telah diberikan,thank you. Thank you untuk tunjuk ajar. Thank you bersabar banyak. Thank you.

Mohon maaf dipinta dari saya,saffi cute.

Hahahahahahahahhahahahahahaha
Hehehehehehehheehhehehehehehhehe
.
Bye.


Saturday, 8 August 2020

Preloved Karnival #2

Okay.

17-18,July 2020

Tiba la hari sorting barang. Aku & anis datang lewat sikit. Sebab kami ada exam pagi tu. So kami jawab la exam and then habis exam terus pergi kuala kedah.

Time ni awkward betul nampak semua orang. Kat situ aku hanya kenal tasha je la.

                        

Lepas tu kenal la dua tiga yang lain. Cam hasuna si cakap banyak, mat nor yang quite funny and si syafiq pendiam tu. Lepas tu ada faiezah yang asyik senyum and gelakkkkk ja memanjang.


Lepas tu,ada sorang kakak ni friendly betol,macam tuan rumah pulak 🤣her name is atikah. dia bagitau suruh punggah semua barang and kelaskan ikut jenis pakaian tersebut. And if possible,ikut saiz sekali.

Yang mana reject,ada defect ke,ada kotoran ke,ada terkoyak ke semua buang. Kita nak bagi kat orang yang elok.

Aku nak cakap sikit part ni. Aku sumpah tak boleh brain,macam mana orang boleh bagi barang yang terkoyak,yang kaler dah luntur, yang baju tu buruk giler plus dah out dated, and banyak lagi. Tu belum part baju-baju tu bau tak berapa menyenangkan.

Maksud aku, ingat la. Kalau kita nak bagi,bagi la yang elok. Diibaratkan macam kita kalau tengok,kita nak pakai. Bukan yang kita tak nak pakai sebab certain reason,so ko bagi orang. No! A BIG NO.
Kalau kita nak bagi something kat orang,wajib bagi benda yang elok. And bagi la benda yang kita sayang!!! Ehhehehehehehe.

This is just a friendly reminder to all of us.

Okay,back to the story.

I would say,kebanyakan barang ni adalah pakaian perempuan iaitu baju kurung. Banyak gila.

Dan waktu ni aku cam menyesal join pun ada.k,tak ada la. Tipu ja. Aku tak reti lipat kain especially baju kurung. Boleh pulak aku kena lipat banyak banyak haishhh. (I survived!)

So itu ja la all about sorting.

                   

                   


Oh btw,sebab fashion orang perempuan ni macam macam,lelaki tak reti nak kelaskan baju macam mana. Kelakar bodoe dorang tanya "ni blouse ka? "Ni jubah ka" "habis tu ni apa pulak?" Sambil buka baju tu tunjuk kat perempuan.

                 

Ini result la. Selepas hampir dua hari ye sorting semua,selesai juga la. 

Dalam plastik tu kami susun ikut jenis,and label so tak terabur. 

                

Walaupun tak suka melipat,saya tetap lipat. Sebab apa? Sebab tak ada pilihan.

To be continued...


Friday, 7 August 2020

Prelove karnival #1

Mari lah aku cerita macam mana aku boleh terjebak dengan volunteering project kali ni. 

Cerita dia,anis izzati,kawan aku tu dia memang minat jabir meftah. And then, jabir ada post satu poster tentang prelove karnival. Program ni under jabir punya NGO,which is Youth Care Malaysia.
And anis tag aku. 

At first,kami just interested untuk sumbangkan some of our stuff. So bila sumbang,rasa cam "eh tak berbaloinya pergi kuala kedah dengan barang sikit macam ni". So kami pun masing masing update kalau ada lagi yang nak sumbang barang. 

                        
Mula mula,decided untuk guna kereta anis. Sebab hanya 3 orang je yang berminat nak join donate barang. 

Tapi,time pergi ambik barang dekat rumah mereka, di sini membuatkan saya terkejut ye rakan rakan sekalian. Banyak betolll barang. Tak muat kereta anis. Even aku pon,takda tempat duduk. 

So barang barang transfer ke kereta aku,since mpv have a lot of spaces. 

Tapi kawan kawan,walau mpv banyak spaces,you believe me or not,kereta penuh terok!!!!

                       

                       
Ni ha gambar bonet kereta time pergi hantar barang tu. Sampai jiran aku cakap "ni macam nak lari rumah" punya la banyak. 

So, kami pun hantar. A few days later,anis come out with her idea. Actually dari awal dia dah ada idea ni,tapi aku reject. Sebab tak yakin. And then,one of our teacher suggest that buat la proper collaboration with this NGO (called youth care malaysia). 

So sebab ni idea teacher, hahahahahahah sorry anis i was so sceptical with you. So sebab ni idea teacher anisah,aku tanya la owner yc kuala kedah tu. His name is shakir. 

So shakir onzzzzz,so proceed la. 

Aku ada update this poster on my ig,to let my teacher know. Sebab before this,cikgu cikgu ada tanya aku untuk depa nak sumbang barang. And time tu aku cakap tak boleh derma lagi,so bila aku dah betul betul onz ni, aku inform la cikgu aku. And yup,ada 3-4 orang datang dengan amount baju yang sangat banyak. 

Im so thankful for those who donated your stuff to us. We have sent all of them to the asnaf. 

Here i put all the picture. Im so thankful every time people come and donate all the stuff to us. At least aku tahu programme ni at least tak sendu. 








Ini semua gambar time kat rumah pengakap (kami pinjam rumah pengakap buat simpan barang) 

And then,tiba la hari penghantaran. 

Ni bonet kereta aku. Bila tersusun tu,boleh letak banyak barang sikit. Plus,aku punya kereta letak jenis yang kotak,yang bershape. 

While anis,kereta dia kami sumbat dengan plastik. 

Overall, im so thankful untuk sapa yang datang menderma. Dan untuk kawan kawan lain seperti nawa,syahirah and tasha for helping & lepaking (lol) with us. Truly appreciate that. 

And untuk budak laki yang datang check in cehhhhhhhhhhhhhhhh thank you tau!!! 


To be continued....



Tuesday, 4 August 2020

About me,myself

Hi there.

Get to know me first,I'm a girl who was born on 27th january 2001 at Selangor,Malaysia. But currently live in Kedah,Malaysia.

I love blogging because I love to keep my memories here as well as love to write.

I started my blog since 2014,I was 13 that time.and blogging till now. I'm full-time student,part time blogger.