Tuesday, 4 August 2020

Kelantan



Aku teringat and tertarik nak tulis. Sebab lately ni ada kes yang viral yang gajah pijak kereta tu.

Never have we ever thought that one day kami akan sampai kat kelantan. Sebab belah pantai timur cam jauh. Tapi sebabkan kakak aku dapat study di Uni Malaysia Kelantan (umk),kampus kota bharu,so kami pun pergi kelantan.

Sempat la explore. Kemain aku pun,ponteng sekolah sebab pergi kelantan 3 hari 2 malam.

On the second day,the registration day itself,settle semua pendaftaran pukul 12 macam tu. And then kami pergi lunch. Habis lunch pukul 2 lebih dah.lebih kurang la macam tu la.

Mulut aku ni tak habis habis sebut wakaf che yeh,so kami semua nak pergi la. Lepas tu google bawa la kami ke tempat tu. Tapi tak ada orang berniaga. So aku google,rupanya buka malam.itu la padah bila jadi palataulogist. So tak apa,ayah aku tumpang solat dekat area situ. And ajak pergi rantau panjang. Time tu dah pukul 3 something, pastu aku cakap la tak payah. Dah lewat.

"Tak payah dah lewat dah ni"
"Lewat apanya. Pukul 3 baru. Kalau lewat pun apa salahnya" -abah
"Tak boleh,ada gajah. Kita takut"
"Kita tambah semalam lagi"-abah

Ha gitu la.rupanya ayah aku ada back up plan. Dia nak tambah sehari lagi kat kelantan. Cis. Aku ni penat fikir tak nak jumpa gajah. So alhamdulillah pergi balik selamat.

Anyway,speaking of Kelantan, time aku pergi Kelantan,orang orang Kelantan layan kami baik. Ada kawan mak aku yang bagi kami penginapan free. Belanja makan makanan Kelantan.

Pastu ada time otw balik,ayah aku singgah kedai jual durian tepi jalan. Pak cik tu bagi durian free kalau nak makan. Ambik la,makan la banyak mana,semua free. Tapi aku tak makan. Sebab takut pening sebab time tu masih kat kelantan,perjalanan masih jauh. Tapi mak ayah aku makan la. Aku dengan abang aku duduk dalam kereta je la.

Pastu ada kami singgah kedai makan lain,pekerja semua baik baik. Makanan sedap,aku masih ingat aku makan koey tiau goreng,sedap terukkk 😋 cuma aku tak boleh telan makanan lain yang manis. Tu ja. Bukan tak menghormati,aku memang tak suka manis especially makanan manis yang dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi.

Mati la nak. Crush aku orang Kelantan. Aku terpaksa lupakan dia sebab tak nak makan benda manis.

Hahahaha.

That it is.
Bye kids!

Sunday, 2 August 2020

Sila baca

So after a few weeks,im back. 
Before this,aku tutup blog ni kejap.

Sebab as you can see,all the template is different. 
My interface are weird. 

But as for now,im so busy with my life. 
And just to let you know,to edit this all,it will take a really long time to finish everything. And i have no time for that. 

So please just ignore all this mess here. I promise that once my life is back to normal,i'll sit and edit all this. 

I hate my blog rn. It so ugly. Hergn.

Bye. 

Pray for my final exam. 
Much love,saffi. 

Tuesday, 2 June 2020

Kem separuh hari





sepatutnya kem ni berlansung pada 12-14 mac. Tapi itu lah kita ni hanya merancang,allah menentukan.

11 mac,aku derma darah. Boleh bayang betapa pening dan gelongnya kepala otak aku. And time derma darah tu juga,aku settle a few things about document untuk kem ni dengan pihak pengakap daerah. So call cikgu. Lepas tu,cikgu cakap macam ni.

"Boleh tak saya nak minta wakil kelana sana untuk tolong kemas rumah pengakap? Ramai ramai pun tak apa. Kita kemas."

Dan,how can i say no to that order?? Of course aku cakap boleh.

Pening tak boleh bawa bincang lepas derma darah tu. Balik rumah tidur jap. Petang pukul 4 terus aku pergi sana.. ada ramai gak ah time tu yang tolong kemas.. ramai yang aku maksudkan ialah hanya aku,farhani,anis,dini,ceah,nawa ja (sorry kalau ada nama tak disebut,tak ingat sangat).

Dan banyak betul kerja kena settle. Rumah tu tak berpenghuni,so banyak benda kena kemas. Kami ni terkejut juga la,buka pintu,lepas tengok keadaan rumah macam tu. Allahu.

Then ada cikgu time tu. Lupa dah nama cikgu apa. Dia la arah kami pi kedai beli barang cam penyapu,penyedok,pencakar sampah,paku,hammer. Lepas tu kami kemas la walaupun kepala ting tong. Sampai pukul 7.15 kami kemas. Thanks geng yang mana datang tolong.

The next day,dalam pukul 10 pagi kami dah pergi rumah tu. Masuk sekolah jap,and then terus pergi rumah tu. Sambung kemas lagi. Aku cakap dah,rumah tu memang betul betul perlu dikemas.

Pastu bahagi bahagi la kan. Untuk aku nak elak dari buat kerja,aku pergi ikut kak jie beli makan tengahhari.

Time beli makan tengahari ni la,kecoh. Kat area kawasan kami ni,ada orang tu pi buat swab test dekat klinik. Terus la viral satu pekan ni. Sebab takut la kan semua orang!! Rupanya yang buat swab test tu,dorang hanya PUI (patient under investigation) sebab dorang join perhimpunaan jemaah tabligh. So result tak pasti,tapi berita dah viral.kononnya ada covid 19 kat sini.

Netizen ni pun. Tak ada kerja lain,cepat nau jump into conclusion. Memang la kena berhati hati,tapi berita tu palsu kononnya ada pesakit covid kat sini.

 Klinik kesihatan dekat sangat dengan tempat kem/rumah pengakap tu. Semua dah gabra. Aku pun.

Time tu kan, aku terdetik.. "macam mana la eh keadaan bila banyak covid 19 case. And tempat ni pun dah terinfected dengan covid."
Dua tiga hari lepas tu bilangan pesakit covid mencanakkkkkkk naik.

Dah settle beli makan tengah hari,duduk jap,tukar baju terus and jadi receptionist. Lol. Jaga bahagian pendaftaran je pun. Cikgu zati suruh kira duit!!! Maigad sis,i tak yakin dengan diri sendiri. Aku kalau sapa bagi duit,aku mesti kena kira banyak kali. Takutnya lahai.

Tiba tiba,ada cikgu yang dah daftar pelajar dia datang,and nak tarik diri. Sebab pengetua dia call,tak nak tanggung risiko. So lepas tu,ramai lahh cikgu yang datang balik kat kami. Cakap benda yang sama.

Rupanya,ada cikgu dah call pejabat kesihatan bertanyakan pasal covid 19 yang viral kat tempat kami tu. Pihak klinik datang weh bagi ceramah.

Sumpah,part ni aku tabik spring. Sebab pantas gila nak mampos klinik buat kerja. Terus hantar pegawai datang. Bagi info pasal covid-19.  Syabas.

Dan yup,pihak kesihatan kata,kalau boleh batal. Batal. Sebab kita tak nak ada mass gathering. Takut ada yang terkena covid, pastu spread kat orang lain.

And aku pergi personally asked the pegawai. Kem pun kena cancel. Nampak betapa bahayanya situasi time tu. Pastu aku tanya la,kami ada tution. So macam mana. Pegawai suruh pihak sekolah call,dorang bagi no fon dorang kat aku. Suruh aku pass kat cikgu.

Sebab dorang kata,if possible,batalkan je. If nak teruskan boleh,tapi make sure ada penjagaan rapi. Seperti check suhu, bagi mask, prepare hand sanitizer and a lot more.

So kem pun batal la.

Segala penat lelah aku sia sia je... Ezzzz kem batal...

Btw,aku letak je la gambar gambar time kem.

Muka jaga pendaftaran.


Lelaki dua orang tu dipaksa oleh aku untuk join. Thanks amir and aliff. Sebab sanggup join!!

With madam. 

Madam ni buat lawak. Madam ni madam sekolah aku. Rumah pengakap ni dalam kawasan sekolah. So madam ni datang hantar peserta lewat sikit,pastu datang dari pintu belakang. By the time madam and peserta datang,orang dah beransur balik. Dorang pelik je mana semua yang lain.

Thanks yana,nurin,dini & aina join. 



Overall,this is the shortest kem i've ever joined. 
Hahahahahahahahhahahah.
Walaupun sekejap,tapi bermakna.
Kenangan.

Semoga covid-19 cepat cepat beransur dari muka bumi ni. Semoga bumi kembali pulih. Amin.


Monday, 18 May 2020

A night to remember

Cerita bulan lepas di mana masa itu covid belum muncul di kedah,dan covid tak teruk lagi di malaysia. Kes time tu below 50 case.

Ini lah first time aku keluar malam,balik lewat malam. After all,it was fun.

Kami keluar sebab nak celebrate birthday si Tacer (read:Tasha). So kami pun buat birthday dinner. You totally have no idea how hard we were trying to plan something to prank her. But yeah,at the end of the day,we decided to just blindfold her and bring her to the restaurant. Because tasha tak tau kita orang nak pergi mana. Dia tahu,kita nak keluar je.




Big thank you to anis for the dinner because dia belanja 😘



That's it. Easy.

Affter dinner,we went to the beach,but apparently the night life at the beach is totally different where a lot of pak cik pak cik watching karaoke. And the singer that time was so freakin sexy. No wonder a lot of men were there that time.

So,nope,we skip that and go straight to Farhani's house. And lepak for more than 1 hour. Fuhhh.

On the way balik,it was almost 12 a.m and then there was a police roadblock on our way back. The police was lookin at us weirdly,maybe because we are all girls. But anyway,yappppp. Nothing.


Here is a picture of tasha. 

Overall,maybe it looks simple for you. But it such a memorable night for us. 

Imma post video of us singingggggg





Nak tangkap gambar boleh?

Aku dengan saffa pergi satu event ni. Dah lama dah,tahun lepas rasanya. So time tu bersesak. Terlalu ramai orang. Aku dan saffa beratur la nak isi borang. So aku tertinggal satu benda yang aku tak isi,so saffa tolong isikan. 

Boss tempat tu datang pantau. Dan dia tak habis habis tengok aku dan saffa. Aku bukan perasan,ni memang kenyataan. Lepas tu, tak apa la kan. 

Tiba tiba dia datang dekat "adik berdua ni kembar ke?" Dia tanya. 

Kami dua angguk je la kan. 

Pastu dia panggil pekerja yang lain datang. Tunjuk yang kami kembar. 

LEPAS TU DIA CAKAPPPPP


"ADIK,SAYA NAK TANGKAP GAMBAR ADIK BERDUA BOLEH?" 

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Speechless tapi senyum je la.
lepas tu senyum je la.

Tu la first time rasa macam artis sekejap. Aku tak pasti mak cik tu buat apa dengan gambar kami...

Emmm anyway.
Ada lagi tak yang nak gambar kami berdua.
K hambar. Tak lawaak. Gurau jerrrrrrr 



Here a pic of us ❤️

Saturday, 16 May 2020

Resepi Cornflakes madu sedap


Sebelum aku share resepi,biar aku bagitau. Aku tak pasti cornflakes ni sedap ke tak. Kawan kawan aku selalu cakap sedap,tapi tak tau la dorang cakap sedap sebab itu benda free & untuk menjaga hati aku. For me personally okay. Plus honey cornflakes aku sedikit berbeza ye,sebab wangi ya amat.


Resepi Conflakes madu / Honey Cornflakes


115 gram butter 
1/2 cawan madu
1/2 cawan gula
Satu kotak (460g) cornflakes
1 sb esen vanilla

Cara-caranya:-

1.Cairkan butter. Api pelan je,untuk elakkan hangus. 

2.masukkan madu. Kacau.

3.masukkan gula. kacau sampai gula cair, dan berbuih.

4.masukkan esen vanilla.

5.tutup api,masukkan conflakes. Kacau sampai semua conflakes tersalut dengan gula tadi.

Siap!!!! 

Masukkan dalam cup,bakar 160' selama 15 minit.
Jangan lebih!!! Nanti hangus!

Tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.


please jangan guna esen vanilla beli kat kedai runcit, bau tak kuat dan cair. kalau nak letak,make sure esen vanilla beli di kedai bakery yang pekat. 

__________________________________________________

Ini actually resepi popcorn yang aku dah ubah suai. Sedap!! Bau dia macam popcorn. Rasa dia sedap!

Agak manis. So sapa tak suka boleh kurangkan sikit gula kepada 1/4 cawan. 


And not to forget,letak la hiasan. Nak kosong pun tak apa. Ni kakak aku saja gedik gedik nak letak benda tu. 

Nak kosong pun okay,lagi best.


Nota kaki: please please jangan mencemarkan conflakes madu anda dengan campuran kurma,ceri,kismis. Sesungguhnya ianya tidak sedap!!!!!!!!


Tuesday, 12 May 2020

Happy nurses day

Happy nurses day to all staff nurse and also DSA. You guys are amazing and great.


Ketahui lah. Aku jarang sakit. Tak pernah masuk hospital ever since aku dilahirkan. Alhamdulillah. So aku tak tau sangat how chaotic hospital is...

Tapi bila ada covid-19 ni,terbeliak la biji mata aku tengok segala pengorbanan dan perit jerih healthcare workers untuk mengatasi virus covid-19 ni.

So thanks again to all the nurses and DSA!!!
_________________________________________________

Btw. Aku memang jarang ke tempat kesihatan (read:hospital & klinik). So tak ada la banyak pengalaman yang nak diceritakan pun.

Tapi,aku nak give big shout out to DSA BEHA even nurse tak baca blog saya,akan saya titipkan doa. Gittuw.

DSA beha ni assistant dr.N. kira bila ada rct appointment,mesti Nurse Beha ni ada dekat sebelah. Dia ni baik sangat. Cakap lembut lembut.

So bila mood Dr.N kureng baik,at least Nurse Beha ni ada menyejukkan hati.

Kalau setiap kali aku nak nangis,dia lah pujuk. Bagi ayat yang sejukkan hati. Bagus! Kalau tak,aku tak tau la. Mungkin setiap kali appointment,setiap kali tu aku nangis.

Dan pernah ada satu pagi,aku datang klinik (sebab infection tu), time tu klinik sikit je orang. And aku nampak macam mana dia struggle.if im not mistaken,morning sickness. Dia nangis and berlari keluar dari treatment room and pergi bilik data. Lap air mata,and keluar macam biasa. Senyum macam biasa.

Aku tahu struggle eh untuk kita bila rasa sedih,and kena juga lap air mata and put on smile on our faces. It hurts and hard.

So shout out to DSA beha for being so kind... May allah ease your pregnancy journey :)

And selamat lahirkan anak itu ❤️

Wednesday, 6 May 2020

Nak jadi tua

Trial spm, exam english,kena jawab essay yang boleh pilih tu. Tak ingat la tu sec A or sec B.

So i choose this question: if you could be any age,what would it be and why

Hahahahahaha. So easy peasy lemon squeezy meh. So i choose that one. I guess i love to write so i got the highest mark in my class. *Riak je la,sebab dulu je bijak sikit,sekarang dah bodoh*

So. What age i wanna be? So i choose to be 35 years old. Hahahahahaha.

Some people will ask "why eh?"

Ha here is the reason.

I know, our childhood is the best one,but. I was thinking in that freaking exam hall that why not i twist that question and answer it as what i wanna do when i am old. Ha gittew.

Cliche gila,bayangkan 90% dari sapa yang jawab soalan tu jawab nak jadi budak balik.

For me,hello. Im not gonna be a kid. But i want to feel how adult is...

I mean sure,aku pun teringin nak jadi budak budak.

But,kita dah biasa jadi budak kecik. Tapi, kita belum tentu dan tahu sempat ke kita merasa jadi dewasa. Sebab entah entah kita mati,tak sempat rasa jadi tua.

What i wannna do when i am old?

I want to have a good job.

I want to balas jasa my parents.

I want to travel to the places that i've been aiming.

I want to get married. (Call me gatal or whatever,mengaku je la sapa je tak nak kahwin)

I want to have my own kids.

And a lot more. Aku tulis 2 pages and half. Hahahahah.
I think that was the best essay i have write.

Maybe this is how my face looks like when i am old. 
Or maybe uglier or maybe prettier. 
We never know. 
Life is so unpredictable.

Monday, 27 April 2020

Resepi popia carbonara



Kali ni nak share resepi popia carbonara. Sebelum aku start tulis resepi,aku nak bagi disclaimer. Ini ialah cara aku tersendiri. Anda mungkin ada cara anda tersendiri.

Anyway, popia carbonara ni basic dia ayam + sos carbonara. Itu jeeee. Tapi kita buat dia,so boleh oleh. Kalau nak guna sosej pun boleh. Nak guna ayam pun boleh. Nak guna minced chicken yang readymade tu pun boleh. Terpulang pada anda and depending on your budget as well.

Ada hari aku letak cendawan,ada hari aku tak letak. Ada hari aku letak carrot,tapi kali ni aku tak letak.

Mak aku pesan suruh guna bahan bukan processed food as much as i can,sebab tak sihat semua tu. So aku just guna readymade carbonara. Aku tak guna minced chicken instead aku beli ayam and cincang sendiri. Aku tak letak mushroom, sebab fresh mushroom tak ada. Mushroom tin tu tak rasa mushroom. So useless.

Anyway,gambar bercampur. Sebab aku dah banyak kali buat. So banyak gambar.


Resepi popia carbonara 


5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 biji bawang holland saiz kecik (dadu)
1 biji carrot (sagat/potong/dadu)
1 tin cendawan (terpulang,optional)
800 gram isi ayam/ minced chicken
Atau kalau tak guna ayam nak guna sosej,also can,
2 paket sosej (dadukan)
Blackpepper

Sebelum start,sapa guna cendawan butang tin,disarankan potong potong. And then letak dalam kuali,tak payah minyak tak payah air,and then buka api. Masak kejap dalam 5-10 minit untuk buang air yang diserap cendawan. Kacau kacau.


Cara-caranya


1. Tumis bawang putih sampai garing. 
Tumis sampai garing

Garing macam ni!

2.masukkan ayam/sosej 

Ayam akan bawa keluar air,so masak kejap sampai air sedikit kering 



3. Masukkan bawang holland. And then kacau kacau. 

4.masukkan cendawan dan carrot (optional) 

5. Masukkan 1 tin prego carbonara 
Kacau bagi dia kering. (Its okay kalau kering,sebab nanti bila goreng automatik inti tu basah balik,dia berair balik)

6.season to taste. Put some blackpepper 

Pastu balut la... 

Siapppp. Itu sajoooooo!! 

Ingat,basicnya garlic,sos carbonara and ayam/sosej. Yang lain tu optional. 

Bahan hari ha,tu je. Aku guna ayam,bawang holland,bawang putih n sos prego. Thats it.


Ni kalau ayam cincang & isi ayam habis kat kedai,guna sosej. Boleh aja... Tekak kita kan.. kita yang nak makan. 











Wednesday, 22 April 2020

Kek coklat

Resepi dah pernah bagi dulu. Lagipun this is a normal-and-typical-moist-chocolate-cake. So resepi bersepah kat luar.

Actually kan kek coklat la kek pertama yang aku sendiri buat yang jadi. Its quite easy to make.

But that is not the point.

When i was form 2, aku ada kelas amali memasak. Aku pun tak ingat dah aku masak apa time tu. Yang aku ingat,kami buat ala ala potluck juga. Di samping masak,kami juga bawa makanan sendiri. Jadi aku bawa kek coklat (tak ada topping pun). Time tu sekolah sesi petang. Aku terbangun lewat,pukul 10 bangun terus baking. Pukul 11.30 bersiap pi sekolah. Keh tu kek cincai tanpa topping.

Jadi aku bawa kek pergi sekolah. Bila makan,semua puji sedap la. Ala biasa la. Orang jaga hati. Dan aku rasa coklat kek ni sangat dekat dengan semua orang. Ramai orang suka kan. Lepas tu,cikgu aku ni dia peniaga kek. Dan bila dia makan kek aku dia puji melambung la kek aku sedap. Aku rasa segan. Sebab dia memang jual kek coklat,tapi dia dok puji kek aku.

Tak apa la. Lepas tu dia cakap dia nak resepi, aku ingat dia main main. Aku angguk je la. Lepas tu, sebenarnya aku lupa nak bagi. Sebab aku ingat dia main main,tapi dia terjumpa aku,and dia minta resepi lagi. LOL. Aku pun bagi je la resepi.

Dua minggu macam tu,dia terjumpa aku lagi. Lepas tu benda pertama keluar dari mulut dia

"Kenapa saya buat kek tak sesedap saffi punya kek" fuh kembang terus aku dibuatnya.

"Mesti ada resepi rahsia saffi tak habaq kat saya ni. Saya dah buat guna resepi tu dua tiga kali,tetap tak sama rasa macam yang saffi buat"

Ni aku tak tipu. Dia yang cakap centu.

Pastu lama aku fikir. Apa yang membuatkan kek tu rasa lain. Aku sememangnya tak ada rahsia.

Lepas tu baru teringat.

Time tu aku guna bahan lain untuk buat kek. Iaitu:-

Aku guna serbuk koko volhalten (entah betul ke tak eja ni)
Aku guna susu coklat dutch lady
Aku guna minyak bunga matahari

No wonder la rasa dia lain. Bila kita memasak ni,kalau kita guna bahan berkualiti,rasa akan berbeza sekali.

So aku bagitahu cikgu. Lepas tu cikgu cakap "patut la sedap. Bahan kamu guna mahal mahal."

Laaaaa

Tuesday, 21 April 2020

Buat nasi lemak



"no one is born a great cook, one learns by doing" 



I love that quotes. I always get this "hang tak apa la pandai masak" LOL

Izinkan saya ketawa kawan kawan. Because i am not. Yesy you might probably say that because you see what i post on my social media. But what i show to the social media is just 30% of my life. Of course i choose to show the good side of my life. And keep the bad side to myself only.

Same goes to cooking & baking. I just show you apa yang jadi. Yang tak jadi kita simpan buat kenangan je.

Yang aku tahu, every day is a learning process. Nak power sesuatu skill,kita kena always practice.

So,today issa about sambal.

Sambal ni kan,aku belajar nak buat dia since aku 15 tahun. Maksudnya dah 4 tahun aku belajar. Aku mula mula ingat aku tak berjodoh dengan sambal,sebab masakan berasaskan sambal mesti aku failed. Give up gak la. Tapi tu la, lama lama macam dah okay pula sambal aku.

It taste slightly similar to my mom's sambal. LOL angkat bakul pulekkkkk

Hari tu mak cakap nak makan nasi lemak. Aku pun buatkan sebab aku pun teringin.

On daily basis,aku selalunya (almost every single day) aku beli nasi lemak untuk bekal aku. So boleh bayang betapa jemu nya aku dengan nasi lemak. A few days before MCO started,aku cakap kat mak "TAK NAK MAKAN NASI LEMAK JEMUUU DAH"

I guess i miss it already.

LOL

Here i show you the beauty of nasi lemak air tangan saffi.