Tuesday, 5 February 2019

jalan jalan penang day 3

assalamualaikum
 hari ke 3,aku bangun agak lewat.tapi,lepas solat subuh aku terus bersiap.sebab kami plan nak makan roti canai transfer road. 

gerai tu selalu ramai orang,dicadangkan datang awal pagi ye. supaya tak payah berebut tunggu meja.

nasib kami baik,baru sampai,pekerja kedai tu panggil and dia buka meja. terus order.

here aku nak tekankan sikit if you r planning to go to this stall,honestly the roti canai taste so-so. im not gonna recommend people to try this out,but if you want to,dipersilakan.

they dont even asked you what kind of roti canai you want,atau kata lain diorang lebih kepada memaksa. i dont like roti canai banjir,tapi dorang taknak bagi roti canai kuah asing. lagi satu,boleh ke beli roti canai biasa takda ayam?no,dorang tak layan.atau,kalau diorang layan,diorang halai balai.

air?air kosong tak ada. order air lain,and mostly pekerja tu akan suggest untuk order air ais.

macam kami,dia tanya berapa roti,cakap 4,terus dia bawa roti tu.kami tak sempat cakap apa pon. 

harga rm8 per plate. okay je la kot,since ayam dia pon besar. tapi honestly for me i'll give 1 star only.kedai dia tepi jalan gila,ibarat kau tengah pertaruhkan nyawa hahahah. tapi,sebab teringin,kami pon okay je la


lepas dah makan,kami pergi jalan jalan.saja saja.mula mula nak pergi pasar chowrasta,saja usha usha and survey. lepas pergi pasar,jalan jalan and terjumpa famous road teow chew chendol. tapi kedai dia tutup lagi. we were too early.

bila jalan kedepan ada street art,kami pon apa lagi,tangkap gambar la.

perfect angel kannnn?sebab kami jumpa alat ajaib.

ni la dia alat ajaib.cool gila kot.just put your phone and set your timer then smileeeeee.

lepas dah penat jalan jalan tu,kami balik hotel.
lepas tu around 12 pm,kami check out. 
sepupu aku parking kereta dekat padang kota. so from padang kota kami naik bas free untuk ke next destination.

bas free ni senang je nak tahu,dia tulis CAT kat bas dia. and di bust stop pon ada board yang sentiasa update pasal bas. and dia akan cakap bila bas sampai.ye dia bercakap.

aku pergi ke street art berpandukan maps yang aku dapat dari hotel.

while waiting for the bus



so bas berhenti di pengkalan ferry,kami turun situ and jalan sikit untuk pergi ke chew jetty.basically chew jetty ni ialah perkampungan kaum cina yang berada di atas laut.bawah tu memang laut. kiri kanan dorang buka kedai. dan bila sampai kat hujung,ada temple.

so ni bot bot yang aku tak tahu nelayan ke apa ke.

random street art that i found.

here is me.my face tengah tahan panas membahang.dengan bodohnya pakai baju hitam.

next street art,this one is the nearest to the chew jetty based on maps that we got.

comellll

another street art.there is a lot of street art and a lot of pic of course!im not gonna put all the pic in this entry. nanti hampa bosan.

waktu panas gila,sepupu aku stop and buy old-school-shave-ice cream

or 

air kepal


rm 3 each

basically,on the 3rd day,memang kami pergi street art ja. 

and then around 2 something,kami pergi ke pasar chowrasta balik. sebab nak balik some sourvenier for the fams.

again,im not gonna put a lot of pics.

here is just me and my twin.

after that, we went to kfc to eat lunch. overkan pergi penang makan kfc?tapi sebab banyak kedai ramai orang terlalu sesak.baik pergi kfc,lengang.

lepas pergi kfc,aku suruh cousin aku drop aku dekat ferry,sebab aku and saffa nak balik ke seberang dah. nak balik kedah. 

kami turun ja kereta,ada satu laluan,ada polis bantuan. kami tanya pak cik tu,dia cakap straight ja guna jalan yang kami dok jalan tu. berjalan la kami ke ferry. dan kebetulan rezeki,ferry baru sampai. apa lagi berlari la aku dengan saffa naik ferri.

dari pulau nak ke sebrang,harga tiket free. tapi kalau dari seberang nak ke pulau,kena bayar rm1.20.
jadi kami free ja naik feri tu.at least ada pengalaman.


kami turun di penang sentral. lepas tu kena ambik train untuk balik kedah. 

hampa kena turun ke tingkat 2 kot,aku tak ingat tingkat berapa yang menghubungkan jalan ke train station. tapi banyak polis bantuan,anything just ask them.

i was thinking to just book a grab car,but then polis tu cakap kena naik tingkat 7.pengsan aku!!!!

sebab memang kaki dah lenguh dah jalan waktu tu pon pukul 5 lebih,aku pon jalan kaki naik train.

nasib and rezeki,beli ja tiket,baru berjalan turun bawah,train baru sampai.alhamdulillah.rezeki

the end.


conclusion, best pergi penang. but it was to crowded with tourist. i think i'll go to penang again,but not on the weekend,i would like to go on weekdays.

selalukan tengok orang pergi penang kayuh basikal pa semua,aku cadangkan tak payah la sewa basikal.

baik sewa motor,cepat sikit. sebab kalau kayuh basikal.penat ja. dan tak leh cover banyak tempat.tapi kalau hang tak ada lesen,okay kayuh la basikal.


satu street art ke street art yang lain agak jauh. jangan lupa pakai sunblock,kalau tak,kulit terbakar dan hitam macam akuuu.

trip ke penang kali ni aku pergi naik kereta,okay.tapi jalan jammed.

sepupu aku cakap penang ni vibe dia macam langkawi. haah,macam langkawi.dipenuhi tourist.

but if i need to choose betweet penang and langkawi,i would choose langkawi. coz langkawi is so better then penang (in terms of the traffic,environment and a lot more)

total cost for 3 days 2 night rm 100/pax
its quite cheap.
maybe because we have 5 including me,so everything kami bayar bersama.
plus the first night we slept at my cousin's place. so jimat la.

kudos tu my gang saffa,along,nadia and aisyah.




Saturday, 2 February 2019

Jalan Jalan Penang Day 2

 assalamualaikum,hi.

waktu awal tahun hari tu, 2 januari kot aku secara randomnya mengeluh sebab bosan. aku penganggur terhormat,dan merata cari kerja tak dapat.

ayah aku ada plan nak pi somewhere,tapi terpaksa ditangguhkan sebab tak semua adik beradik aku boleh join.

jadi secara random dan tiba tba,aku bagitahu ayah aku.aku nak pergi pulau pinang. dia  terkejut gak,tapi dia bagi je. tu pon selepas disoal siasat dengan beribu soalan.

so aku tweeted (twitter aku @nnsaffi) yang aku nak pergi penang,then cousin aku pon nak ikut,so plan punya plan,kami pon pergi.

actually aku pergi 3 hari 2 malam,tapi first day tu aku ada di seberang,bukan di pulau.

jadi ini ialah gambar beg yang dibawa oleh aku dan saffa.

aku naik train ke bukit mertajam,sebab aku bermalam di sana terlebih dahulu.

btw,this is not my first time pergi penang,in fact kampung aku pon kat penang. my bro even asked me kenapa tak tidur kat rumah tok.hahahah saja ja.


cousin aku dari shah alam naik bas malam sabtu dan tiba pagi sabtu di penang central. selepas berehat beberapa minit,kita orang dah keluar untuk menyeberangi pulau. kita orang keluar pukul 6 lebih pagi.


jambatan pulau pinang masih lengang,tak ramai orang lagi.

so,kami plan untuk pergi bukit bendera terlebih dahulu,sebab bukit bendera selalu ramai orang. tiket bukit bendera ni rm10 (kena tunjuk ic).

cara nak naik kat atas ada dua,sama ada hiking atau naik train. train ni ada satu je. sebab tu la ramai orang dan terlalu sesak. 

aku cadangkan datang awal pagi,sebab kalau datang lambat memang sesak dan berjam jam kena tunggu.nak nak pulak korang berkeluarga dan ada anak kecik,kang anak korang merengek,korang bad mood. so better datang awal.

kami sampai around 7.10 pagi,lepas parking dan beli tiket,kena beratur. kami dapat naik train pukul 7.45 pagi. alhamdulillah.

so please lah,aku sangat highlight kalau sapa nak pergi especially on weekend or holiday,please datang awal. train seawal pukul 6.30 in case sapa nak tengok sunrise boleh la.

so ini lah train tu.

pemandangan kat bukit bendera sangat cantik dan sejuk.mungkin sebab waktu tu terlalu berangin tu yang sejuk tu tambah pulak matahari baru nak naik.

subhanallah. memang cantik gila pemandangan dari atas.





squad ke penang,lol.

kat atas ni ada museum,sapa nak pi.dipersilakan,tapi kami tak pergi pon.

dah puas pusing dan tawaf satu bukit bendera,kami berehat jap and minum ais kisar yang famous kat bukit bendera. korang patut cuba dan try.

dekat food court.belah kanan kedai melayu,belah kiri kedai cina. pilih la,walaupun owner berbeza kaum (im not trying to be racist,but some of you are worry about the halal status,so you can choose),pekerja tetap melayu. 

boleh zoom untuk tengok harga.

di lily ni,kami pilih ais kacang,rm5 per bowl. 

ni kedai di sebelah kanan. kami pilih ice manggo, rm 12 per bowl

ais kacang dia sangat sedap. ais krim dia sedap wehhhh. highly recommended.

ni ice manggo. hot selling gak ni, berbaloiii sebab buah dia banyak. tak kedekut la.kira okay dengan harga dia. and memang sedapppp especially benda bulat tu. dia macam meletup dalam mulut and keluar rasa masam.

so,lepas dah penat and bosan,kami eratur untuk turun. turun dalam pukul 11 pagi.lama juga kami kat situ.

nasib,kami turun awal.sebab lim guang eng datang bukit bendera hari tu juga untuk perasmian apa tah,so kami keluar cepat cepat supaya tak sesak.

next plan,aku cadang nak pergi kek lok si temple sebab situ cantik,ingat nak tangkap gambar dua tiga keping,tapi disebabkan terlalu sesak,kami terus la jalan ke taman botanik.

taman botanik ni memang cantik,aku dah pernah pergi dulu,ni aku datang lagi.

sebabkan time tu tengahari dan matahari terik,kami naik je kereta yang dia bagi tu. rm5. dia bawa kita round satu taman. and akan stop di kolam lili dan owl thingy. yang owl tu tutup sebab tengah renovate. kami jalan la ke kolam.



ni la kolam tu.nothing much,and waktu pergi kolam ni kami je orang malaysia,yang lain semua mat salleh.



another pic of botanical garden

here is my sisthorrrr


so next,semua dah lapar gila. sebab kami hanya makan roti dan ais je,so kami pergi makan di food court berhadapan dengan masjid terapung. sebabkan lapar,memang aku terus ngap makan dan tak tangkap gambar apa apa.

dah alang alang,kami lajak ke batu feringgi.aku memang dah lama nak ke sini,sini selalu sesak.ambil masa berjam jam untuk sampai padahal dekat je patutnya.so disebabkan itu banyak kali kami cancel. kali ni jalan tak sesak,mungkin sebab kami pergi waktu tengahari.

ini la pantai dia,sangat cantik.air jernih dan biru, sangat bestttt


ombakkkkk

kami singgah sekejap ja,sebab saja nak rasa angin laut.waktu tu tengahari panas sangat,tapi memang best. 


so kami meneruskan lagi jalan.saja nak tengok apa yang ada.pastu terjumpa empangan ni. cantikkk ramai juga yang berhenti untuk tangkap gambar.




so,lepas tu azan, terus singgah di masjid terapung untuk solat.masjid ni pon cantik.aku cadangkan bagi kaum hawa,kalau nak solat naik ke tingkat atas,sebab tak ramai orang,telekung banyak dan tenang je.


so next,kami singgah di tesco.lulzzz tapi sepupu aku nak beli barang tu yang singgah.time ni,aku and saffa memang dah penat.so kami berehat dan makan donut sementara tunggu dorang beli barang.



big apple je,untuk isi perut.

then kami check in dekat hotel.time ni,sepupu aku rehat jap,then dorang terlelap sampai la maghrib. sebab penat sangat,

dan apa aku buat?ambik satu corner and rehat.rehat?makan la maksud aku. aku makan maggi tepi tu. sebelah hotel ni kfc,so kau nampak la budak budak kfc tengah ponteng kerja melepak kat luar.




ni pemandangan time maghrib dari bilik aku. cantikk

lepas mandi,solat maghrib dan bersiap kami terus kan lagi ke the avatar secret garden. 

harga parking rm5
entrance masuk rm1 seorang.

basically,avatar secret garden ni ada lampu lampu cantik ni.

aku syorkan korang pergi time petang,sebab kat sini ada pantai.sebabkan waktu malam,panti pon gelap gelita. kalau korang pergi time maghrib,boleh tengok sunset.


lampu lampu tulips ni pon ada.


next,lepas bosan jalan.kami makan kat kedai dekat dekat situ je.sebab lapar dan malas nak fikir.




itu sahaja. jumpa next entry k

Wednesday, 30 January 2019

Mati.

Aku terima mesej,beritahu salah sorang kenalan aku meninggal. Terkejut.terdiam. tak percaya.

Aku memang tak kenal dia sangat,just tahu nama. Tapi memang rasa sedih dan terkesan.aku tak tahu kenapa. Aku sedih gila. Dia kawan kepada abang aku. Sebab tu aku kenal.

Tahun lepas,senior aku meninggal juga. Yang tu pon sama. Aku sedih gila. And aku termenangis sikit. Sebab sebelum arwah meninggal,kami aada terselisih. Dan beberapa jam lepas itu,orang bagitahu. Dia meninggal.

Sama juga,dengan kes arwah alif (kalau hampa baca blog ni beberapa tahun lepas,then hampa akan tau). Arwah alif tu pon. Kat kedai,dia usha aku lama. Dia biar aku bayar dulu. Kat tempat letak motor,dia tau aku tak lepas,dia usha aku. Dia make sure aku pi dulu. Baru dia start motor. Malam tu,dengan basah basah, abang aku balik. Bagitau,nak pi hospital. Nak tengok kawan dia meninggal. Malam tu,aku terkejut gila. Bila subuh aku bagitau parents aku. Depa pon terkejut

Tu belum kira arwah farah. Baru jumpa. Gaduh gaduh,aku ejek dia. Dia ejek aku. Tup Tup,dapat tau farah meninggal.

Bulan lepas,kawan aku meninggal. Nama dia alia. Dia junior aku. Kenal ke? Hmm. Kenal. Rapat tu tak da la sangat. Tapi kenangan bersama di kem dan di ict dan di kidzania masih di dalam ingatan. Rasa baru semalam kenal kenal,main sama sama. Bila dapat tahu meninggal,memang aku tergamam.tapi,aku rasa bersyukur. At least,dia tak payah tanggung sakit terlalu lama. She is cancer fighter btw. I know she have tried her best. But allah loves her more.

Betul,maut tak pernah mengenal usia. Tua muda sama je.

Betul,its hard to deal with death. Its not easy,and its painful.

Lepas isyak tadi,aku duduk. Termenung lama. Hidup ni bukan milik kita. Esok lusa kalau allah nak ambik,allah ambik. sampai bila hidup ni pon,aku tak tau.

Aku tak tau nak kata apa. Aku speechless. Aku sedih. Aku termenung ja ni. Aku tak tau. Allah.

Ya allah. Kau permudahkan la urusan mereka disana. Kau ampuni la dosa mereka. Kau tempatkan la mereka bersama orang beriman. Kau masukkan mereka ke syurga mu tanpa dihisab. Kau bahagiakan mereka ya allah. Kau jangan seksa mereka ya allah. Mereka ialah insan yang baik.

Innalillah.

Tok adnan
Tok rejab
Farah liyana
Alif najmi
Amin
Alia nurina
Arif aizudin




Some of the name, meninggal sebab accident.

Aku teringat,last year. Aku accident.

Allah masih sayang aku. Allah selamatkan aku. Allah jauhkan kenderaan lain dari aku. Allah selamatkan aku dari benda yang lagi teruk.

Padahal,memang lah tak teruk pon.

Tapi kalau ingat balik,time aku jatuh motor tergolek golek atas jalan. Allah selamatkan aku.

Allah beri aku peluang untuk masih bernafas muka bumi ni. Allah bagi aku pinjam jasad ni lagi.

Ya allah.

Terlalu banyak nikmat kau beri. Terima kasih.alhamdulillah. syukran.

Cant ask for more :)

Monday, 17 December 2018

Jodoh kuat

Alhamdulillah.
Remember the other day i wrote about my teammate?
I met one of them.

Kalau kita bagi yang terbaik,insyallah ada rezeki kita.

So,boss aku mesej aku. Tanya kalau aku nak kerja atau tak. skop kerja lebih kurang sama dengan yang hari itu. So aku cakap aku okay.

Tapi,kali ni.aku bukan la nak kerja sangat,lebih kepada aku nak jumpa geng kerja aku yang dulu.

Aku tau agak mustahil sebab depa semua tinggal kat KL,tapi aku cuba nasib ja. Tapi dalam hati aku doa. Ya allah,bagi la aku jumpa depa balik. At least sorang dari depa pon,aku dah bersyukur.

Dan hari tu pon datang, aku nampak la sorang dari depa.

Aku sumpah bersyukur gila.

Aku tegur depa 😂
To say hi.

Then dia jawab "hari tu sombong & berlagak,sekarang tak dah"

Hahahahahhahahah.

Saya belajar dari kesilapan seperti mana yang diajar.

Friday, 14 December 2018

Orang ketuk pintu rumah pukul 3 pagi

So. Normally waktu sekolah dulu (ehem im no longer a student coz i am penganggur),aku memang akan bangun awal pagi. Study?tak jugak. Kadang banyak buang masa. Tak ada la. Tapi ada la benda yang aku buat.

So bangun pagi waktu hari sekolah memang aku tak tak masalah,in fact, aku yang kejutkan mak ayah aku. Sebab kadang pukul 2,3 pagi aku bangun.

So,macam biasa. Tapi kali ni luar biasa. Sebab?kali ni aku tak terjaga sendiri. Sebab ada "suara" yang kejut aku.

Aku tengah tidur. Dan aku mimpi orang bagi salam. Tapi aku terbangun. Dan memang betul ada orang bagi salam. Aku tengok jam,jam baru pukul 2 lebih. Waktu tu pagi ye gais.

Aku memang cuak. Tapi aku tengok dari dalam rumah. Ada kereta kat depan rumah aku. Weh aku cuak gila. Sapa nak datang rumah pagi pagi buta.

Tapi,aku beranikan diri. Aku buka pintu rumah. Nampak abang aku.

Tak guna punya abang. Nak buat surprised sangat. Ha padan muka.

Balik rumah tak nak bagi tahu. Kan dan kena. Nasib aku bangun,kalau tak. Mereput la kau kat luar rumah. Pastu dia gelak gelak je. Muka tak bersalah 😑

Thursday, 22 November 2018

5 Sains 2

Assalamualaikum.Hi. So today's entry is specially for my wonderful classmate.

let me tell you the truth,i never expect that i can be a part of this 5 science 2. after i got my pt3 result,i wasn't sad. I felt happy. but kinda worried

since that time we didn't know what class will we get into. so,i didnt expect that my name will be in that class. i was quite shocked actually.

i dont even have an interest in science stream actually.plus i wasn't know about what i want in this life. i have asked my teacher if i can change my class,but she said no. since class that i wanted was full and a bit crowded. sad?? of course.

Aku dapat panggilan ke sebuah sekolah lain actually and aku memang target sekolah tu lama dah. Bila dapat aku memang seronok and happy.

tapi waktu tu,aku sendiri pon tak pasti.kenapa aku pilih untuk stay. and actually aku ambil masa seminggu untuk bagi final answer kat ayah aku.sebab of course ayah aku nak apply cuti nak hantar and register aku.

lepas doa and minta petunjuk (cliche), aku pon cakap aku nak stay,and to be honest, sometime i do ask myself and regret why did i choose to stay?

i dont know.

aku tak faham juga,and ambil masa nak adapt dengan suasana kelas ini yang sumpah bising macam zoo,macam budak sawan semua,semua masuk air. But sebenarnya depa okay baik hati,peramah, okay ja.

aku pon kadang confused,ni betul ka high school student? awat semua perangai tak behave?

tapi tu la,dalam tak suka pun aku terpaksa suka dengan environment tu. Dan tersuka dengan sendirinya duduk dalam kelas tu.

akuu tak tau,tapi most probably aku akan rindu bisingnya kelas kita tu. 

2018 is going to end very soon. so meaning that after this,there is no more 5 science-zoo 2 ni.

ya,memang aku selalu marah depa.sebab aku tak paham dengan depa ni.riuh bising gelak happy macam tak ada lansung masalah.

And it doesnt doesnt mean that i hate them. I just took a really long time to adapt with the environment and situation. 

I love every single memories that we have created. 

I love my classmate and cant wait to leave them LOL 😜😝

No matter what,dapat classmate macam depa juga satu rezeki buat aku. Sebab aku terhibur sentiasa.

Nama kelas banyak kali gak naik kat bilik guru. Banyak benda gila kita buat sama sama.


 so this pic was taken last week. waktu jawab first paper,bahasa melayu. and of course bukan aku yang tangkap gambar,ketua pengawas yang tangkap gambar.





ni la semua ahli ahli geng kelas aku ni.tapi tak semua 1/3 only.

as requested from the boys,they asked me to put this pic (-_-)

and ada gambar lain but tak boleh upload kat sini.

ni waktu jamuan kelas di blackwood coffee & chocolate



bagus eh semua behave

5-sains-zoo-2

ni time raya






so,a few month ago,aku ada minta dan paksa kawan kawan aku tolong buat video ni. 

enjoy!

sorry video biasa biasa ja since this is my first time edit video.



Friday, 16 November 2018

English Spm 2018 💔

Back in 2016,when i was taking pt3. I still remember. My teacher called me a day before english paper. She asked me to meet her. I wasnt alone that time. Coz Hadi (nama tipu) was also there. My teacher wanted to meet both of us. Then. She told us, that she really hopes that we both can get A for english.

To be honest,i was so speechless. 
Because i never thought someone will put so much expectation from me. Even me,myself dont even trust myself. 

So started from that,i felt motivated. And started from that,i i love english even more. 

I am not a clever girl,trust me. I only got 3A's for my pt3.

And to be honest, i didnt even feel sad when i got my result. Because its more than enough. I know my limit. So for me, 3A is fine. 

I received a few chat from my friends and some of my relative. Some of them say like this "dont be sad".

I dont even feel sad. But,i did felt sad bcs i dint get A for english. Because i know i had done my best. 

Started from last year,i started to push my self even more for english. Coz i love english so much. 

After taking english paper yesterday,i feel so sad.

Coz i know.
That i cant get A for english.
It wasnt easy.

And to be honest,for spm,i am one of the targeted student to get A for spm.

But lemme tell you.

English paper really made me feel blue. I hate it.

And i know. That i cant get A for it.

I am sorry teacher. Again,saya tak mampu.

I cried a lot. Bye.

😔😔

Wednesday, 31 October 2018

REVIEW: PASKAL THE MOVIE


Review:paskal the movie
Jap nak tulis in english ke in bm kang ada lagi yang cakap aku bajet 🙄 penat nak dengar kena perli perli ni. Ops.

So. To be honest. I dont know what is paskal about.Sumpah,aku nak tengok sebab kawan kawan aku kata best. Weh ni sumpah kuanghaja. Sebab waktu first day paskal keluar tu,aku ada seminar tau. So selected student je boleh pergi,so i was selected to go to the seminar. So yang tak terpilih ni,dorang pergi tengok wayang. Kuanghaja. Tak nak tunggu lansungkan.

So lets straight to the point.

So,paskal is the first movie yang buatkan aku tengok dua kali. Sebab tak puas wehhhh. The first one,we watched at gsc aman central. Midnight movie,maybe that time i was so struggle sebab mengantuk. Coz paskal started at 12.20 a.m.the second one i i watch at gsc aman central too,tapi this time tengok waktu petang. 

To be really honest. I have no idea. I didn't know what to expect. And,fun facts about me. I hate action movie. I hate everything yang ada scene pukul,gaduh,tembak tembak,semua aku tak suka. Aku suka movie yang relax relax tak stress,tak tertekan.relax,paskal is totally different.

Bila 5 minit dah start,aku cam menyesal gak ah. Sebab tak google tentang apa itu paskal  dulu,and tak buat research movie ni.Tak kan aku nak buang masa untuk cerita macam ni,sebab aku memang tak suka. Dua jam kot. Apa aku nak buat. Waktu ni memang aku geram la. Aku tak suka. Memang spoiled,start start je dah epic. Tapi,ternyata aku salah. 


Sebab,bila aku dah rasa aku tak suka,so i thought that i will sleep in the cinema. Tapi tak,cerita ni buatkan aku tertanya tanya dan aku tak leh dok diam. Sampai aku tak leh sandar,sebab aku turut feel nervous takut sedih semua la. Aku tak rasa penat or bosan lansung tengok movie ni.

Part sedih memang aku nangis habis. Waktu tu memang tak kisah dah budak budak laki seat sebelah bahan ke apa. Sebab sedih do. Part nervous time dorang dalam kapal tu. And part terkejut. Part lawak yan dengan ustaz. Part sedih yang kapal terbang helikopter ahhhhhhhh bestnya.

Part best and puas bila dengar tembakan demi tembakan yang dilepaskan. Rasa puas gila do.
Aku sebenarnya memang tak dapat fikir macam mana ending cerita ni. Aku tahu,obviously kot mana pon malaysia akan menang and boleh handle kes tu. Tapi aku tertanya tanya macam mana caranya. Sebab its quite impossible actually bila tengok movie tu. ( I was thinking about all the paskal yang terlibat dalam kes ni in real life 😭)

YA ALLAH SEBELUM AKU LUPA.JEB kau kuanghaja. Aku memang benci dengan jeb ni. Like plot twist kot for me. Coz i was expected that jeb and hairul azreen apa nama dia aku tak ingat, akan berdua jaga negara sampai bila bila.

Bila part yang last jeb ehem ehem,memang aku tak expect. And benci bodo. Why it turns out like that. And part hujung hujung lawan tu,aku suka. Memang real.

Bila fikir balik,mana ada banyak cakap movie ni. Yang banyaknya dorang buat action tu. Tapi tu la,aku still enjoy.

Sumpah,movie ni macam real do. Series. And kau boleh feel tau movie ni. Sebelum aku tengok movie ni,aku tak baca review apa apa. Tak google apa apa. Lagi dua jam nak tengok,baru aku confirmkan aku nak tengok. Tu pon lepas tu aku bantai tidur. So totally blank.

Ada yang kata ala artis ni tak sesuai la apa la. For me,semua perfect.cukup lengkap. Biar la artis mana pon. Dah memang dorang layak,aku salute la. Sebab aku lepas tengok movie ni (yang waktu first time tu) aku buka youtube and tengok everything about paskal the movie. So when the second time,i was super duper excited. Sebab nak try relate dengan apa yang dorang cakap dalam video kat youtube. 

And,sebenarnya. Paskal dah berjaya buka mata aku and kawan kawan aku tentang anggota seperti paskal,tentera,navy,askar semua la yang sebenarnya menjaga keamanan negara. Tapi tak da sapa peduli. Dulu aku selalu kata,alah geng geng ni bukan ada kerja pon. Sebab mana ada perang kat malaysia. Ternyata aku memang silap. Cubaan pihak luar banyak nak serang. Tapi sebab malaysia ada anggota sehebat mereka untuk menjaga keamanan negara membuatkan malaysia masih lagi aman. Sedikit sebanyak,aku rasa bersyukur dan bertuah dilahirkan dan dibesarkan di malaysia. Sebab,kalau aku duduk di negara yang sedang bergolak,aku takkan dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.

I would say paskal is the best movie ever. Rate: 10/10. I give five star ⭐⭐⭐⭐⭐

Congrats to all the cast,producer,crew and tldm. You guys did a good job. I love this movie.

G O O D  J O B  E V E R Y O N E

Banyak berpuluh beratus or beribu (macam imposibble do) movie yang aku dah tengok,paskal ni cerita paling best. Tak ada lansung pasal cinta ke apa. Its good la sebab dah bosan and muak dengan scene cinta. Eh tiber. Tak,paskal is the only action movie yang aku akan tengok. Sebab best. Sampai sekarang aku masih rasa nak tengok lagi.

Oh btw,i've repeat this movie with my family. Heheheheh,aku tak buka mulut pon even i know the whole story,sebab kali ni aku nak hayati betul betul. Best. Best. Best. Tak ada perkataan lain dah.
Oh guess what. We bumped into fasha sandha. She also watch this movie with her family. I feel bad coz i was disturbing her bonding time with her family. I am so sorry. Hehehe. But fasha also says that paskal is a great movie.

Dulu,aku plan tau nak kerja offshore.kawan aku selalu kata aku boleh ka. Kuat kah aku? Ceh. Aku pon kata boleh boleh. Tapi tu dulu,sebelum aku tak tau realiti sebenar dan cabaran yang dihadapi mereka di tengah laut sana. Nyawa terancam. So aku dah tak jadi la nak kerja offshore. Aku takut 😭 aku tak segagah dan seberani mereka yang lain.

Sorry aku tak go through secara details since aku tak nak jadi spoiler. But seriously, berbaloii sangat bayar untuk tiket movie ni .this is totally different dari movie biasa. Go and watch it.

Wednesday, 3 October 2018

Resepi sos steamboat

Aku tau kalau aku share benda ni,mesti ramai yang pelik dan tak setuju.

Tapi tak apa.

Aku pon sama macam hampa waktu first first. Tapi bila dah dapat,pehhhh sedap baii.

Resepi inspired dari wife aliff syukri, datin shahida.

BAHAN BAHAN
CILI PADIIIII
BAWANG PUTIH
SOS CILI THAI
KICAP *optional*

Bawang cincang halus.
Cili padi potonggg.
Tuang sos cili.
Tuang kicap.
Aku tambah 1 sudu kecil air panas, tak nak bagi dia pekat.

Siap.

Nampak biasa kan?tapi rasa luar biasaaaa. Sedappp sangattt wee

Oden and steamboat adabi viral

Tak ada benda nak bebel. Jadi kita teruskan dengan resepi





RESEPI UDON / STEAMBOAT

Bahan A:
1 paket tomyam adabi
1 pakat asam pedas adabi
1 paket sup siam (tak ada dalam gambar)
1.5 liter air

Bahan bahan rebusan:
Sayur (brokoli,cendawan,carrot anything)
Seafood (udang,sotong,ketam)
Bahan bahan tak sihat 😝😂
Fish cake,sosej,crab fillet,chicken ball

CARA CARA

Lebur semua bahan A. Tunggu sampai mendidih.

Dah mendidih,masukkan la bahan bahan rebusan.


Siap!
Okay sedap juga. Tak ada la sama 100% macam family mart,tapi lebih kurang sama. Sedap!

Lagi pekat,lagi sedap.

Enjoy.